Saturday, March 26, 2011

Melihat Sejarah Kuala Selangor

Hari ni aku dengan tetibanya menuju ke Kuala Selangor, entah la tetiba rasa nak layan tempat-tempat bersejarah. Padahal baru je aritu aku ngan Mawar pergi sana naik motor Suzy aku tu.. Aku gerak dalam tengahari jugak la, trus menuju ke arah Ijok terus ke Kuala Selangor. Dalam pale otak aku ni terbayang-bayang nak tengok makam-makam lama Sultan-Sultan Selangor yang berdarah Bugis atau keturunan Daeng. Tapi kalau mengikut sejarah Kesultanan Selangor bermula pada abad 1700 ke 1800 Masehi, so yang sebelum tu sape yang memerintah? or masih dibawah jajahan Melaka atau dipimpin oleh ketua-ketua daerah je seperti Kelang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan sebagainye... banyak sangat persoalan. Jam 1 tengahari aku sapai dikaki Bukit Melawati, aiseh tak bole bawak kereta naik patu pulak trem 'out of service' cesss.. terpaksa la cari pot nak melantak dulu hehehehe makan time. Lepas makan aku pusing-pusing area Bukit Melawati dengan harapan dapat la aku berjumpa dengan suatu tempat yang aku sendiri tak tau macam mana tapi kena jejak dulu baru bole tau. Finally aku sapai kat Telaga Tujuh, so lepak dulu tengok apa yang ade kat situ. Dah tak berjaga sangat tempat tu, dulu itulah sumber air bagi orang-orang kat kawasan tu.


Telaga Tujuh.


Tinggal 3 kolam je yang masih wujud.


Sambil aku tengok-tengok kawasan sekeliling tu sempat juga aku menaiki tangga ke Makam Sultan Selangor diatas Bukit Melawati tu, tapi sayang bertutup sebab hari Sabtu. Kemudian aku meneruskan perjalanan ke Bukit Bendera setentang dengan Bukit Melawati, sampai je ke sana kena menapak naik tangga pulak. Layan je la nak merasa, selama aku pergi Kuala Selangor ni tak pernah aku sampai sini. Kawasan atau bukit ni tempat kubu Belanda pada zaman dulu, nak menawan Bukit Melawati camtu la lebih kurang sampai orang melayu tawan balik. Aku masuk je kedalam kawasan ni dah ade benda follow pulak duduk belah kiri aku, berdesing telinga aku nie. Aduhh dah la panas-panas ni, aku buat selamba je.. terus masuk kawasan tu tengok-tengok kalau jumpa tempat yang dimaksudkan. Jumpa helang sikit punye besar sebelah aku trus terbang, tapi hampa takde jugak tempat tu. Aku terus pusing-pusing kat area bukit tu tapi hampa, jumpe biawak besar.. fuh sini sumenye besar-besar nie.


Kemudian aku teruskan perjalanan ke Makam Anak Dara, ermm menarik tempat ni. Aku naik ke atas untuk melihat makam ni tapi still bukan jugak..


Makam Keramat Anak Dara.


Aku pun teruskan perjalanan ke Bukit Melawati semula tapi melalui jalan belakangnya sapai ke sekolah tamil belakang bukit tu.. takde tanda-tanda wujudnya tempat tu mungkin aku yang tak reti kot. Takpe la aku berenti di tangga seratus dibelakang Bukit Melawati, pelagi aku pun melangkah la naik tangga tu satu persatu sampai terus ke atas Bukit Melawati. Sampai diatas terus disambut oleh monyet-monyet kat atas tu.. fuhh mintak makan rupanye! hehehehehe. Aku terus singgah ke dalam Muzium Bukit Melawati, saje je usha-usha mana la tau ada cerita baru ke. Padahal baru je aku ngan Mawar lawat tempat tu tempoh hari. Takpe la sekali sekala.. huhuhuhu.


Tangga Seratus.


Lepas rehat-rehatkan kaki yang lenguh berjalan nie, aku menuruni tangga tu semula. Waktu turun tangga tu, aku terpikir nak pergi Bukit Raja kat Kg Permatang tempat kerabat diraja dimakamkan. Dengan pantas aku terus kesana, layan punya layan aku dah terlajak sapai ke hampir Sabak Bernam.. cess sib baik benti isi minyak aku tanya kat brader ni kalau tak sure sapai Sg Besar. Patah balik sapai ke simpang Kg Permatang, padahal dah perasan tapi sign board tulis Bukit Belimbing.. belasah je la. Sampai je kat simpang tu trus lepak pekena cendol kat makcik simpang ni, pemalu plak makcik nie.. hehehe tanye sapatah jawab sepatah. Aku pakai baju tak betul ke?? hahahaha.. takpe la. Aku terus gerak kedepan mata aku duk mencari-cari Bukit Raja tu, hah tu dia!! aiseh camane nak pergi tempat tu takde jalan pun. Terpaksa patah balik aku tanye kat pakcik guard kat sekolah agama tu. Oohh kena masuk ikut sekolah ni, baru la aku tau.. tak penah pegi la katakan!! tapi banyak soalan plak guard ni macam aku nak buat keje bukan-bukan je. Takpe la lepas tulis nama aku kat buku sekolah tu aku terus berjalan menuju ke Bukit Raja, rendah je bukit ni ada lorong masuk kesitu penuh ngan pokok-pokok buloh je. Ermmmm kawasan ni tak berjaga semak samun je.. takpe la ikut je la, aku mendekati makam-makam yang ada disitu tapi tak nampak tulisan pun yang ada cuma batu nisan je, sunyi gak area nie fuhh sedekah ayat-ayat suci dan 'Al-fatihah' aku terus turun semula. Aku tanye guard tu takde orang jaga ke makam-makam tu, dorang cakap ade tapi kadang-kadang je datang bersihkan makam.. ni aku tengok macam bertahun tak pernah usik nie dah usang je.


Makam diBukit Raja.


Ermmmm still tak jumpa jugak tempat yang nak dituju.. aku meneruskan perjalanan ke Kuala Selangor semula, teringat aku pasal Bukit Hospital. Aritu aku datang dengan Mawar aku tak jumpa apa-apa kat tempat tu sampaikan Tauke yang buat batu nisan tu pun cakap 'sini sula talak apa-apa ma'.. huhuhuhu. Hati aku berkeras jugak nak pergi semula, lebih kurang dalam 15 min aku sampai di Bukit Hospital tempat aku dan Mawar berhenti dulu. Aku pun naik mengikuti jalan sebelah pondok batu nisan tu, sapai kat atas tu aku pusing-pusing bukit tu! tak nampak apa-apa pun gelap je hutan. Waktu pun dah dekat pukul 6 petang, takde rezeki lagi la nie dalam hati aku.. aku terus ke kereta. Maybe kena pergi depan sikit kot, aku teruskan perjalanan sampai diselekoh aku nampak bangunan kebajikan masyarakat Kuala Selangor kot aku terus masuk kawasan tu. Aiseh ni rumah-rumah tinggal ni, suram je.. aku nampak kat lorong tu ade jalan denai menuju ke tepi sungai. Aku park kereta kat tepi umah dengan confident nya aku pun masuk ikut jalan denai tu, sampai kat ujung tu aku terus nampak bukit yang penuh semak samun hutan jer siap ade tiang lagi maybe ni la bukit tu dan tiang tu maybe bekas tapak hospital tu. Tingat hospital lama terus cuak, dalam hati aku siap berdoa lagi mintak tuhan kuatkan semangat aku. Tapi aku rasa tak payah la aku naik ke atas tu nak buat ape pun, tempat aku nak cari tu tak jumpa pun. Bukan sekarang kot, tapi bila aku nak kalih nak patah balik erkkkkk ermmmmm urghhhhh aku ternampak makam disebelah kananku.. adoii meremamng bulu roma sume dah la dah petang-petang dalam utan ni. Fuh runtuh jantung aku ni, tergezut!! terus la aku melawat makam tu mungkin ni la Makam Opu Cendera Burung, ketua orang-orang laut di Kuala Selangor yang memerintah kawasan ini sebelum wujudnya Kesultanan Selangor.


Kemungkinan inilah Makam Opu Cendera Burung.


Dah la tu, aku terus bergerak balik.. hati tak sedap je! Risau ade benda-benda mengikut je. Sapai umah balik tu aku berpeluh-peluh tak boleh tido, asyik teringat je.. mungkin pasal terkejut tadi tu. Aku still tak jumpa tempat yang aku cari.. ermmm takpe la belum ada rezeki. Semoga roh-roh dimakam-makam tu dicucuri rahmat hendaknye.... amiennn

No comments:

Post a Comment