Tuesday, April 12, 2011

My kids to Broga Hill..

Hari ni 10/04/2011 bersamaan hari Ahad (6 Jamadil Awal 1432 Hijrah).. Jam dah pukul 5.15am!! bangun!!! Mawar dah kejutkan aku pagi nie, aiseh apehal pulak nie??!! opss lupa aku dah plan nak bawak Mawar, Arissa dan Atiyya ke Broga Hill nak tengok matahari terbit. Aku suruh Mawar bersiap, kemas apa yang patut.. aku pun bersiap mandi lebih kurang pakai mana patut terus berkemas letak barang-barang ke kereta... Jam 6.15am kami bertolak dari rumah ke Semenyih melalui Lekas Highway. Arissa dengan Atiyya still tido lagi nyenyak sungguh.

Sampai di Broga dah pukul 6.45am, fuhh hari masih gelap tengok kereta dah ramai parking kat kawasan kelapa sawit dan tepi-tepi jalan tu.. ermmm masuk dalam je la parking aikk siap kena bayar rm2. Park je kereta, aku terus kemas barang.. Mawar bawak beg galas ada isi air minuman ngan susu-susu budak-budak nie, huhuhuhu dorang still tido lagi camne nie!!? aku terus dukung Atiyya then kejutkan Arissa.. elok la pulak anak-anak aku pagi nie, tak banyak karenah patuh jee!! cunnn yesssss..

Aku dan Mawar memulakan perjalanan ke puncak Broga..


Bermula dengan perjalanan bukit berhutan hingga sampai kesini (ni 1st puncak)


Kami terus bergerak berjalan melalui bukit untuk ke puncak Broga, ramai jugak orang pagi nie.. fuhh boleh tahan jugak la penatnya. Tapi si Arissa memang superb tak buat perangai pun dia jalan je.. Mawar plak yang tak larat hahahaha. Sepanjang perjalanan memang ramai orang sian plak anak aku nie.. si Atiyya senyap je. Lebih kurang pukul 7.14am kami selamat sampai ke atas Bukit Broga, walau pun belum sampai yang paling atas skali. Mendaki tu yang penat kesian pulak Mawar tak biasa, tapi Arissa dengan Atiyya memang steady je.. sampai je atas terus belasah minum susu!! huhuhuhu.

Matahari terbit.. permandangan menarik diwaktu pagi


Arissa je yang lebih sibuk ajak aku naik kat puncak atas skali.. semangat sungguh anak aku nie. Darah panglima mana yang mengalir kat badan dia nie, elok la jugak anak aku ni sekali sekala memanjat bukit nie. Aku berdua terus ke puncak meninggalkan Mawar dengan Atiyya kat puncak no.2 sebelumnya.. arini memang ramai orang so terpaksa slow-slow la jalan. Lebih kurang 10 min aku dan Arissa dah sampai puncak, senyum je anak aku nie.. bangga pulak aku! ade jugak keturunan aku yang lasak minat daki-daki nie.. Alhamdulillah.


ke 2nd puncak.. fuhh mendaki saje


Susah jugak masa nak sampai tu kerana terpaksa memanjat batu tu pakai tali, so kena la aku dukung Arissa tapi dia berkeras jugak nak naik.. pasal Arissa apa-apa pun papa sanggup!!!! Lega bila dah sampai atas kepuasan tu memang terasa dengan matahari baru nak terbit suasana pagi tu memang nyaman melegakan.. elok jugak buat aktiviti camni selalu dengan Mawar dan anak-anak.

Yang hujung tu puncak yang terakhir.. ada bendera Malaysia lagi tu


Lepas berehat-rehat dan sessi bergambar kat atas bukit tu kami terus turun.. sampai di bawah lebih kurang pukul 9.40am masih awal lagi. Aku dah plan nak balik awal nak ride motor dengan Azri. Arissa dah pujuk-pujuk aku nak mandi sungai.. please papa kakak Cica nak mandi sungai beshhhh!! hehehehe ermm takpe pasal Arissa dah berjaya sampai ke puncak Bukit Broga aku bawak dia mandi-manda di Sungai Tekala, seronok pulak aku tengok wajah si Arissa ni semangat tak sangka dia ni kuat nak mendaki.. ikut kaki papa dia nie!! Habis mandi lebih kurang pukul 12.30pm, kami pulang ke rumah.. seronok Arissa dengan Atiyya main air sungai nie.

Sampai ke puncak Broga.. akhirnya



Kepuasan setelah berjaya sampai ke puncak Broga.. mandi sungai


Kesimpulan aktiviti kali ini, Seronok sekali sekala bawak wife dan anak-anak mencuba sesuatu yang dorang tak pernah buat, selama ni aku pergi solo je ngan kawan-kawan.. sekarang biar dorang rasa pulak. Tapi Arissa memang aku tak sangka begitu kuat, memang layak ikut aku mendaki lagi.. siap pesan "papa.. kakak cica nak panjat bukit lagi, nanti papa bawak okay" fuhhh layan tul. Atiyya pun steady je takde nangis ke banyak songel ke.. happy je memang kuat anak-anak aku nie. Alhamdulillah semoga tuhan senantiasa memberi rahmat ke atas kami sekeluarga dan melimpahkan rezeki dan tubuh badan yanbg sihat hendaknya.. amiennnnn..

3 comments:

  1. i like it syg! nxt is activity is skytrex!!
    http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.skytrex-adventure.com%2Fchallenges.php&h=2daa2pPiePIT_T3H1R-GZZgSl8Q
    | SkyTrex Adventure | Where the fun in the forest never ends!
    www.skytrex-adventure.com
    SkyTrex Adventure, Where the fun in the forest never ends. Enjoy the memorable hours of adventure sharing a unique, fun and exhilarating experience trekking from tree to tree...

    ReplyDelete
  2. Cayalah bro.. Pegi mendaki bwk kids tu...,Arissa dh kalahkan mawar..ngeh.ngeh.. Tapi yg aku xtahan tu ayat "kaki dia mcm kaki daki papa dia gak"...,bukan ngko selalu pancit ker..? ekekekekekekek....
    Next time blh bwk dorg berkelah kat LoLo pulak,tapi kn bwk 4wheel la angkut...,jalan tu kalau nak daki dr bawah,jali pun tanggal seluor... wakakakakakak

    ReplyDelete
  3. Giler arrr...budak2 pun leh naik. Aku dah gemok. Sampai puncak pertama jer. Hahaha.. sedeyh!! [kurang2 blog ni update jugak banding blog AM yang dah berhabuk]

    ReplyDelete