Tuesday, May 19, 2009

Ekspedisi Air Terjun Pelangi

Selepas berkemas dari Air Terjun Jerangkang dengan pantasnya we all menuju ke arah Kuantan menghala ke Sg Lembing. We all berhenti makan kat satu restoran kat tepi jalan tu, ape lagi time makan laa... lapar beb! So nak sampai Sg Lembing mengambil masa lebih kurang sejam la drive slow2 layan view cantik jugak area ni nampak la gua caras, ramai budhist yang stay area ni rasanya.


First touch kt Sg Tembeling... kedai runcit la beli bekalan makanan


Sampai kat Sg Tembeling we all terus berhenti kat Kedai runcit beli makanan! kena Coke layan! haus gile.. Lepas tu trus kan perjalanan ke Air Terjun Pelangi Base Camp.. mak aih kena lalu jambatan kayu laa.. biar betul! belasah jangan hanyut sudah huhuhuhu..



Jambatan kayu merentasi sungai


Perjalanan dari sini mengambil masa entah laa lebih kurang sejam setengah kot jarak dalam 16km masuk ke dalam.. bule tahan laa mencabar! berpeluh-peluh aku nak handle kembara ni, tapi layan laa kengkawan pun best senang sikit nak handle. Tapi macam biasa time nak masuk ni dah nak gelap maghrib! aduhh aku dah la rabun belasah je laa..


Tempat ni mencabar sikit nak lepas 2-3 kali jugak cuba coz kena lepas sungai ni terus naik bukit depan tu.. menangis! hehehehe


Some pictures i took while driving to Air Terjun Pelangi Base Camp, nasib baik dah kering! kalau basah hujan sure tak naik dah nie...


Bila sampai sana terus we all bukak khemah penat beb! dah nak start membuta.. hehehehe baru pukul 9 malam. Tapi kebetulan malam ni hujan plak! mmg tido dalam air la.. belasah je! dah biasa bertafakur kat man2-mana pun, janji bule lelap! sejukkk


Ni la tempat we all stay.. kebasahan dalam hujan! tapi yang kat dalam tu nyenyak je!! sayu je malam nie..


Malam ni aku ngan Izham kononnya masak la nasi ngan kari ayam, ces alih-alih semua tido. Berjaya jugak la masak nasi ngan lauk ni pukul 3 pagi aku ngan Izham bangun melantak.. lapar beb! yang balance dia serahkan kat Azri! tu dia pukul 7.30 pagi bangun melantak nasi sejuk.. belasah!! hahahaha


Pagi ni bangun terus bersiap nak pegi ke Air Terjun Pelangi, ikut brader guide kat sini kononnya lebih kurang 15 min je dik!! huhuhu.. jom kita try pegi!! Apa lagi we all pun pegi la kena seberang sungai la pulak! si Izham dah bawak jalan lain nak pegi sana, masuk hutan! fuhh akibatnya.. tu dia bapak pacat pun ada.. abis kaki aku ngan Izham kena gigit tapi paling best aku la sampai atas peha fuhh sib baik dia tak gigit bapak pacat yang tido tu.. ekekekeke Bila sampai kat Air Terjun Pelangi tu.. fuhh terpegun beb!! cantik gile.. berbaloi la walau pun dah menumpahkan darah tadi! hehehehe..



Baru sampai.. fuhh memang cun


Air Terjun Pelangi!! Canteekkk.. Abis layan air terjun ni lama jugak laa.. tunggu jugak pelangi muncul tapi malam tadi hujan! so matahari tak nampak la pagi nie.. lepas lepak we all pun trus chow trun ke base camp balik! mandi sungai laa ape lagi! pantang jumpa air, lapar plak tu! makan time.. hehehehe


Makan Time...


Habis makan, we all berkemas dan terus chow keluar dan sempat lagi singgah ke Muzium Sg Lembing... layan jugak tengok sejarah tempat ni! pastu terus balik KL. Best!! layann..

Hang Tuah @ Tun Saaban



Hang Tuah, seorang pahlawan melayu yang amat diagung-agungkan pada alam melayu ini. Memang tidak dinafikan Hang Tuah amat dikenali oleh seluruh umat Melayu di Nusantara ini, dengan kata-kata hikmatnya " Tak kan Melayu Hilang Di Dunia" aku pun amat teruja dengan kata hikmah ini. Aku masih yakin Hang Tuah adalah pahlawan melayu sejati. Tetapi fikiran aku kusut kembali apabila mengetahui bahawa Hang Tuah itu ialah Tun Saaban kemudian Narai di Ayuthia dan masa akhir hayatnya di gelar Sultan Iskandar Muda Thani di Acheh. Memang aku tiada bukti-bukti sahih atau pun hikayat yang menidakkan persamaan ini, tetapi hati aku masih tetap tidak percaya mengenai hubungan kedua-dua orang besar tersebut. Kerajaan Melaka memang mempunyai jajahan yang luas sehingga ke pattani dan ke Jawa di Selatan, dan mempunyai banyak kerajaan yang wujud dibawah naungannya. Tetapi apakah hubungan di antara Tun Saaban yang diriwayatkan hidupnya di Perak dan Hang Tuah yang diriwayatkan di Melaka?


Pada akhir kehidupan Hang Tuah di Melaka, beliau melarikan diri ke Ulu Melaka (atas sebab-sebab tertentu) dan menetap di sana kemudian berbakti kepada Kerajaan di Siam, walau bagaimanapun beliau hanya menjawat jawatan biasa di Siam dan membantu kerajaan Siam mengusir perompak dan jugak orang-orang Jepun yang mengacau di sana. Beliau hidup di Pattani, di mana wujudnya masjid Hang Tuah di sana (maaf kalau silap, ingat-ingat lupa). Kehilangannya memang tak dapat dibayangkan.. hanya Tuhan yang Maha Esa yang mengetahui. Hang Tuah memang dari keturunan raja!!


Tun Saaban, yang dikaitkan dengan Sultan Muzaffar (Sultan Perak 1) adalah pembesar yang dilantik oleh Sultan dan kemudiannya berpaling tadah dan dibunuh oleh Megat Terawis. Aku masih tak percaya pada hipotesis ini, bahawa mereka ini orang yang sama. Persoalannya mengapa Hang Tuah dilantik menjadi Sultan? sedangkan dia bukan dari keturunan Sultan yang ada di kawasan Melaka ini? Apakah Hang Tuah kepingin menjadi Sultan dengan baktinya kepada Sultan Melaka sebelum ini tak dapat disangsikan lagi... Apakah dia masih memerlukan semua kesenangan didunia ini? Tun Saaban mungkin mahu menjadi Sultan atau pembesar kerana beliau memang dari keturunan orang-orang besar tetapi tidak Hang Tuah. Kemanakah hilang nya Keris Taming Sari? kalau dia masih wujud, mengapa tidak berada di Acheh atau kawasan sekitarnya?


Banyak lagi yang perlu dipersoalkan tetapi tidak dapat aku huraikan secara detail, tetapi Tuhan Maha Mengetahui.. tetapi gambaran aku mereka bukan orang yang sama! Allahualambissawab..

Wednesday, May 13, 2009

Ekspedisi Air Terjun Jerangkang

Simpang Air Terjun Jerangkang


Air Terjun Jerangkang... fuh tetiba je muncul kat kepala bebudak nie!! aku pun tak tahu kat celah mana tempat ni, yang aku tau dekat dengan Air Terjun Berkelah area Maran, Pahang. So dengan sedikit info aku (Arien), Azri dan Izham cuba la nak menjejak kaki ke air terjun tu. Driver dia macam biasa aku laa siapa lagi! hehehehe.. Dari KL ke Maran mengambil masa 2 jam setengah drive itu pun bawak slow2 je.. mcm bawak pengantin! kengkawan kuat sangat bertafakur.. kuikuikui



Azri, Izham and Arien (KLuk KLuk AdVenTures)


Macam biasa ni lah team kitorang yang tak pernah lagi berubah... Azri, Izham and Arien! ni masa baru nak naik atas ke Air Terjun Jerangkang dah sampai base camp. Seperti biasa laa memang sampai dah malam maghrib la ni, datang laa awal mana pun subuh ke mesti sampai malam... huhuhuhu dah terbiasa la gamaknye...



Kenderaan we all nak masuk Jerangkang.. aduhaii

On the way to Jerangkang base camp 16km dari simpang besar.. gulap gulita!!


Antara air terjun yang ada kat Jerangkang.. memang cantik!!!

Tengok la keindahan alam ciptaan tuhan.. fuhhh kagum beb!!

Ni time dah nak turun dah... layanzzz

Errmmm memang teruja la pergi air terjun nie.. memang cantik seperti yang diceritakan!! Sepanjang perjalanan nak kesini memang layan.. penat beb! sakit bahu ni dengan beg berat di tambah beras 2kg yang kononnya nak masak untuk makan cettt.. bawak je la lebih!! Pendakian mendaki air terjun ni agak mencabar jugak la dengan beg galas nak bawak, dah tu we all pun dah season! hehehehe dah lama tak mendaki! Tapi kepuasan tu terpancar kat muka we all... dengan layan lagu Memburu Impian lagi yang sayup2 je dengornye.. hehehehe! planning yang tetiba ni menjadi pulak!! memang superb.. driving kembara macam bawak 4WD ni memang layan, takpe la pengalaman tu.. huhuhuhu we all nak bersiap ke Sg Lembing nak layan Air Terjun Pelangi pulak.. Kalau nak baca detail ko jenguk2 la website we all at http://kluk-kluk-adventures.blogspot.com/, jemput jemput sila silaakan la... adioss

Friday, May 8, 2009

Ekspedisi Palembang (Sumatera) ke Yogyakarta (Jawa)

Dah nak hampir setahun berlalu! kenangan travel bersama kengkawan memang tak dapat aku lupakan....


Jumaat (23/5/08)


Hari ini aku boring kerja sebab banyak kerja nak disiapkan sebelum aku berangkat ke Indonesia esok. Sebenarnya aku tak berapa excited sangat! Entah laa kenapa! Mungkin sebab planning yang tergesa-gesa. So malam jam 11.00 pm aku balik rumah aku kt Cheras, kononnya nak packing barang ermm… apa baju nak bawak? Cerewet jugak aku ni, mungkin sebab ingat nak beli kat sana je ringan sikit nak bawa barang. Aku habis packing barang jam 2.00 am, terus aku membuta malas nak layan! Nak bangun pagi esok….. yeeiiiiiii Actually ini kali ketiga aku backpackers ke Indonesia, sebelum ini kali pertama aku pergi Sumatera bersama dengan uncle aku, we all travel dari Belawan Sumatera sampai ke Padang dan kali kedua pada bulan May 2004 Aku, May dengan Azri dengan selambanya travel around Pulau Jawa, main belasah je. Aku travel dari Kuala Lumpur-Jakarta-Bandung-Yogyakarta-Brobudur-Semarang-Demak-Kudus-Banyuwangi-Denpasar (Bali)-Singaraja (Utara Bali)-Surabaya-Kuala Lumpur perghhh penat gila aku pegi dalam masa 2 minggu! Masa tu memang gamble! Tak pernah sampai la katakan main redah je. Kali ini aku pergi 6 orang! Aku, Hosni, May, Ina (wife May), Azdy dan Hanum awek mamat nie. Planning aku nak pergi dari Kuala Lumpur-Palembang-Lampung-Bakau Heni-Merak-Jakarta-Bandung-Cirebon-Yogyakarta, dari 24th May 08 hingga 1st June 08! perghh pening jugak aku nak buat ilternary perjalanan nie! So malam ni kita kasi tidur cukup-cukup! Aku hanya bayangkan mawar dengan arissa…..zzzzzzzz





Sabtu (24/5/08)

Pagi ini jam 6.30 am aku dengan cargasnya bangun nak gerak pergi KL Sentral, coz aku ngan Hosni mintak tolong member hantarkan pergi KLIA. Menggelabah aku ade lagi barang yang tak siap! Terpaksa balik umah mak aku kemas barang! Aku sampai KL Sentral jam 9.00 am, terus gerak pergi KLIA. Hosni dah lama jugak la tunggu menyirap je mamat tu!! Hehehehe…..Flight aku jam 11.50 am sempat lagi! Aku sampai KLIA jam 10.30 am terus aku lepak makan dulu, pekena Nasi Lemak dengan Teh Tarik nanti tak merasa… 11.00 am aku check in bag terus masuk ruang menunggu! Time ini la sibuk nak terkucil sempat lagi hehehehehe! Jam 11.45 am aku masuk flight dan terus berangkat. Macam tak caya aku nak travel sekali lagi ni. Sampai di Palembang jam 1.20 pm, keluar Airport aku dah poning mana nak pergi nie!! Ada la seorang brader tu approach aku ‘Pak mau rental mobil? Mau hantar ke Hotel’ erkkkkk aku lepak sat ngan member-member aku dan lepas bincang we all terus confirm! Amik barang letak dalam Kijang brader nie! Nama brader nie Pak Herman! Pak Herman terus hantar we all ke hotel, baik jugak dia nie abis dia cerita pasal Palembang nya sejarah, tempat-tempat menarik! Sampai hotel, check in terus masuk bilik kemas barang sebab nak terus keluar! First planning, aku nak pergi Bukit Seguntang! Pak Herman dah tunggu we all kat bawah hotel, we all terus chow pegi makan! Kena Nasi Padang! Member aku semua selera makan sampai tambah 2-3 kali, macam tak pernah jumpa nasik!! Lepas makan terus gerak pergi Bukit Seguntang, takde la jauh sangat! Perghh ini lah tempat yang aku nak sangat pergi selama ini. Kat sini la Makam Raja Seguntar Alam, raja awal Melayu! Best betul laa! Kat area nie ada makam-makam lain macam makam isteri dia dengan makam panglima-panglima yang aku sendiri tak pasti! Tapi kat sini la tempat mula-mula Raja buat declaration bahawa warna Kuning hanya untuk Raja dengan kerabat nya saja!! Dasyat!! Pastu balik we all pergi jalan-jalan kat area rumah Limas (rumah lama Palembang) sepanjang Sungai Musi, tengok jambatan lama pastu ke Stadium Bolasepak baru Palembang (memang besar) lepak pekena jagung bakar (kat area round about) then terus ke Palembang Mall, entah la ape yang dorang nak beli! Kata nak beli baju pastu nak tengok-tengok apa yang menarik! Aku ikut je la! Malam tu lepas balik hotel, we all makan kt warung saja nak try! Ikan bakar dengan ketam bakar! Perghh meleleh, member aku yang jarang makan nasi pun makan bertambah! Mungkin kena dengan selera kot! Makan sampai kenyang terus balik hotel membuta!


Ahad (25/5/08)


Hari ini waktu subuh aku dah terbangun coz tetiba dengar orang azan awal pagi!! Cess silap time laa waktu sini tak sama dengan waktu Malaysia! One more thing aku ralat, ape hal la si Husni tidur peluk kaki aku!! Arghhh mamat ni ngigau ke ape? Padahal katil sebelah…. Hampeh tul laa! Pagi bangun terus pergi breakfast! Perkena nasi goreng ngan roti bakar! Pak Herman dah tunggu we all jam 9.00 am. Hari ini we all pergi Museum Palembang, ok la tempat dia walaupun tak besar atau dijaga dengan baik! Tapi information kt dalam museum tu yang buat aku kaku sekejap tu! Lama juga la aku melangut kat dalam tu baca sejarah lama! Member-member aku yang kaki bergambar abis satu museum posing nak ambil gambar! Lantak la dorang! Abis jam 11.00 am, we all terus pegi Museum Sultan Mahmud Badaruddin. Kat sana pakcik Abi explained pasal sejarah Palembang dan Melayu Nusantara! Panjang gila… tapi memang best banyak info aku dapat!! Baru kenal asal- usul. Pakcik Abi tolong we all printkan buku sejarah Palembang dengan salahsilah raja-raja melayu!! Best nyaa…. Tapi kena bayar la! Takpe janji aku dapat ilmu ngan information dia. Pastu we all balik Hotel kemas barang nak checkout, coz we all dah janji ngan Pakcik Abi nak datang balik jam 1.00 pm ambil buku-buku tu! Abis kemas we all terus gerak, pergi lepak kat Sungai Musi dan Benteng Belanda! Ape lagi bergambar sakan la member member aku! Menarik tempat nie lebih lagi dengan Jambatan Sg Musi! Walaupun takde la panjang sangat tapi cantik!! Pastu we all jumpa balik Pakcik Abi, amik buku-buku tu! Lepak lama la jugak tanya pasal sejarah!! Lepas tu pergi ke Makam Sultan Badaruddin kat tepi Sg Musi! Aku, May ngan Azdi je masuk yang lain semua tak berani alasan penat!! Hehehehehe… cantik jugak area makam nie! Lepas sembang dengan pakcik yang jaga makam tu, we all gerak pergi beli tiket keretapi nak berangkat malam ini jugak seperti yang dirancang! Alamak tiket executive class dah abis!! Masak! Camane nie! Redah je la ape nak buat! Perut punya la lapar Pak Herman bawak we all makan kt warung! Perghh best la masakan dorang nie! Bertambah-tambah la besar aku nie! Pastu we all pergi Pasar Ilir 16, saja usha barang-barang kat sana. Member aku beli baju kat sana! Sakan dorang! Lepas tu pergi balik Palembang Mall entah apa lagi yang dorang nak beli! Aku melepak je la…Then we all just pusing-pusing area town Palembang pastu pergi Stesyen Keretapi! We all sampai sana dalam jam 7.00 pm dan keretapi pukul 9.00 pm! Makan malam kat stesyen pastu terus gerak naik train!! Alamak naik train kelas bisnes…perghh azab! Dah la takde aircond seat macam bas LenSeng takde adjustable! Ade yang tido kat lantai (alas paper je) tapi ape nak buat travel paksa je laa!! Tapi memang layan! Sampai sakit tengkuk aku dibuatnye akibat tidur sandar kepala kat kerusi!! Hehehehehe…

Isnin (26/5/08)

Pagi ini aku sedar-sedar dah sampai Batu Raja! Dah tak boleh tidur! Si Hosni tidur atas peha aku! Apo kono lak mamat nie dari bersandar sampai la atas peha aku…eeiiii! Aku sampai Lampung jam 9.00 am perghh 12 jam tu naik train keras punggung aku nie! Pastu we all terus pergi town Lampung dekat je jalan kaki! Tapi bag berat sakit belakang aku!! Cari area nak mandi! Pastu jumpe WC (kamar kecil) kat satu kedai tu aku tengok ok la bersih la jugak! Lepas mandi we all pergi makan, jenuh jugak pusing sana sini! Tak tahu nak makan ape! Lastly makan kat kedai Nasi Padang jugak! Mula-mula planned nak lepak Lampung, tepi pantai ke ape ke! Tapi cam tak larat je! So we all decided to move to Jakarta straight away!! Fuhhh jauh tu… pas aku tengok schedule semua aku terus gerak pergi Raja Basa (Stesyen bas Lampung) itu pun terpaksa tanya pakcik kat sana! We all naik bas Damri lebih kurang Rp2000, 15 minit dari town Lampung. Sampai sana we all terus naik bas! Nak masuk stesyen bas pun kena bayar Rp1500 sorang ape laa!! Then we all naik bas ke Bakau Heni! Seorang Rp15000! Lama beb 3 jam jarak lebih kurang 90km. Kejang punggung aku nie! Dengan sempitnya…. Sabar je la. We all sampai Bakau Heni lebih kurang jam 3.30 pm beli tiket kat Jetty dan terus naik ferry ke Merak! Best jugak perjalanan nie dari Sumatera ke Pulau Jawa! View dia memang cantik, aku nak tengok Gunung Krakatoa tapi tak nampak dari jetty (atau aku je yg tak nampak!!). Sampai kat Merak lebih kurang jam 6.00 pm. Sampai kat Merak we all makan dulu kat Dunkin Donat!! Dah lapar nie walaupun kat atas ferry tu ada kedai! Tapi aku tak selera pulak nak makan. Aku ingat nak naik train pergi Jakarta! Tapi ape nak buat dah petang memang takde train nak pergi sana!! So terpaksa la naik bas atau teksi! Then we all jumpe brader nie sewa mobil kijang pergi Jakarta! Kongsi la 6 orang! Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam naik mobil kalau naik bas dalam 3 jam! So naik mobil je cepat sikit sampai hari pun dah gelap!! Mobil tu bawak ikut jalan tol patut la laju!! Sampai Jakarta lebih kurang jam 10.00 pm aku suruh brader tu hantar kat apartment adik aku kat Aston Rasuna Residence, Jakarta Selatan. Adik aku punya lama tunggu dia ingat we all dah sesat! Adik aku kerja dengan Petronas pastu kena kerja kat Jakarta dah 3 bulan dia kat sini! Besar apartment dia nie! Best betul… semua lengkap! We all mandi siap-siap pergi makan kat restaurant Malaysia!! Kat mana aku pun tak tahu! Nanti aku check balik! Balik dari makan dalam jam 1.30 am! Esok adik aku kerja! Balik apartment aku tak boleh tido! Melepak kat hall sampai jam 5.30 am! Sembang pasal sejarah la apa lagi!! Aku, May, Azdi ngan Hosni tertidor kat Hall! Penat gila ini kes naik train 12 jam la nie! Hehehehehe… Actually plan hari ini dah kantoi coz train dari Palembang ke Lampung sepatutnya 9 jam je! Sampai waktu subuh tapi dah lambat 12 jam so tak dapat la we all nak jalan-jalan tengok Jakarta waktu malam. Seharian dalam public transport…zzzzzzz


Selasa (27/5/08)


Hari nie kena bangun awal! Coz nak gerak pergi Bandung. So we all bersiap terus pergi town Jakarta! Adik aku dah pergi keje awal pagi 7.30am. Jam 10.00am we all naik teksi ke Hard Rock Café, si Husni sibuk nak beli souvenir! So jalan je la… si Hanum ngan Ina sempat lagi pergi cuci rambut kat saloon! So yang lain jalan- jalan laa kat Mall! Boleh tahan jugak harga barang dia! Then we all amik teksi ke Stesyen Keretapi Gambir, nak beli tiket dulu takut kena cam semalam!! Pas beli tiket we all pekena bakso! Ermm bule laa belasah je lapar! Pastu naik train jam 1.30pm, perjalanan ke Bandung dalam 3 jam. Kali ni naik train kelas eksekutif ok sikit laa aircond sume cukup! Permandangan sepanjang perjalanan memang best cantik sawah padi sungai-sungai! So si Husni pun beria-ia la nak amik viewcam kat luar!! Skali tak pasal-pasal entah mana datangnya batu sebesar lesung kena kt mamat nie nasib baik tak jatuh! Luka kat perut besar jugak laa berdarah!! Aduh… kan dah kena aku sound balik!! Degil!! Hehehehehe…. Sampai Bandung dalam jam 4.30pm, hari hujan! lebat jugak la! Aku bawak dorang pergi hotel yang pernah aku lepak dulu! Tak jauh la dalam berjalan 50m, skali penuh la! Mak aihh penat nie jalan! So terpaksa pergi stsyen Bandung amik teksi! We all stay kat Hotel Royal Merdeka! Cantik jugak laa… Sampai hotel dah jam 7.00pm, so lepas kemas barang dan mandi we all keluar jalan-jalan kat town! Pergi Indah Mall, ape lagi shopping sakan la kengkawan aku tu! Memang murah la pastu takde kat Malaysia! Macam barang-barang surfing, Volcom and Globe pehh best tul laa! Abis pulus nanti nie. Lepak Factory Outlet then pergi makan McDonald! 24 hrs tu! Jam 12.00am member-member aku balik Hotel! Penat katanya lagi pun harijadi si Ina (wife May) takpe la aku lepak ngan Husni sampai kul 1.30am! layan jugak la… cewek-cewek nya ramai sekali!! Hehehehehe tengok je la! Pastu terus balik hotel tido! Si Husni letak je kepala terus tido! Dengkur hihihihihi…aku layan tengok TV sampai kul 3.00am pastu tido!!!


Rabu (28/5/08)


Hari ni dengan pantasnya semua bangun awal!! Nak pergi shopping! Cess abis budget aku nie coz shopping takde dalam list! Habis breakfast we all plan nak jalan-jalan je so get ready je la! Azdi ngan Hanum amik teksi pergi mana ntah, katanya nak carik tempat barang-barang surfing so tinggal laa May, Ina ngan Husni nak ikut aku lepak kat Indah Mall je! Sampai je Mall tu ape lagi semua rambang mata! Hilang sorang-sorang! Aku just lepak dekat Indah Mall je tak keluar mana pun, ape lagi usha barang surfing aku beli bag Volcom! Pehhhh…. Kengkawan aku sakan punye shopping camane nak bawak nie! Finally semua kumpul kat Mall tu then dah abis membeli we all balik hotel nak packing barang coz nak chow pergi Cirebon!! Jam 1.30pm we all checkout hotel and naik angkutan kota Rp2000 seorang pergi Stesyen Bandung beli tiket train ke Cirebon! So dapat tiket train jam 8.00pm eksekutif class lega coz rilek sikit! Lepas beli tiket we all naik angkutan kota si Azdi sibuk nak pergi carik barang-barang surfing lagi kat Bandung Shopping Mall (BSM) entah kemana dorang bawak! Sampai 3 kali tukar angkutan kota! Semua tu nak duit la tu… hangen je satu badan! Penat turun naik angkut! Finally we all sampai jugak kat BSM nie, setelah 3 kali tukar angkut! Tensi je! Sampai kat sana terus carik Planet Surfing perghhh barang-barang kat sana memang takde kat Malaysia! Globe, Volcom, Rusty, Rip Curl…adus fulus lagi!! So kengkawan aku dengan ratahnya menyambar barang-barang kat sana! Kalau tak silap aku belanja sampai lebih Rp3 juta! Gilos… abis membeli we all pergi food court makan! Lapar gile! Aku makan kebab je! Tak tahu nak melantak ape! Abis makan we all pusing-pusing Mall just jalan-jalan je itu pun pantang jumpe tempat best mesti singgah!! Lemah lutut aku! Habis lepak kat Mall we all ambil teksi terus chow pergi Stesyen Keretapi Bandung!! Nanti tinggal train! Sampai kat sana dalam jam 7.30pm ambil beg coz letak kat tempat simpan barang! Then tunggu kat dalam!! Tepat jam 8.00pm train sampai, we all terus gerak best jugak train nie ada TV but takde movie la tambang mahal sikit la dalam Rp60 000! Tapi aku tak sedar dalam train pitam semua membuta! Hehehehehe… Sampai di Cirebon lebih kurang jam 12.00am itu pun nasib baik si May terbangun nampak sign board Cirebon! Perghh kelam kabut bangun! Ambil barang terus keluar! Ni first time aku sampai Cirebon! Meremang bulu roma aku, tempat wali ni! We all terus carik hotel jalan kaki je, coz aku Tanya mak cik kat tepi train dia kata banyak hotel sekitar stesyen ni! So jalan dalam 20m jumpa satu Hotel Aura! Ok la nice jugak la! Semua complete, so we all decided to stay over there! Malam tu semua tido awal, aku je yang tak boleh tido! Apa lagi keluar la cari tempat lepak, si Husni nampak je aku nak keluar cepat-cepat dia bersiap! Dia ni bukan boleh tinggal sorang-sorang! Takpe la janji ada member nak lepak! Pastu May pun keluar aikk dia pun nak ikut aku lepak kat luar sekali dengan Ina. Jam dah pukul 1.00am aku pun pusing-pusing la sekitar area hotel tu then jumpa kedai nasi padang! Lepak kat situ je la! Dorang melantak makan nasi! Si Husni makan sikit nya bagus bertambah-tambah! Sembang-sembang sampai jam 3.00am! terus balik hotel membuta! Malam ni aku rasa lain sikit! Coz masa sembahyang isyak aku rasa lain macam sikit tempat ni! Takpe laa buat tak tahu je….

Khamis (29/5/08)

Hari ni bangun awal coz we all nak melawat Makam Wali (Sunan Gunung Jati), Beliau ialah ketua kepada 9 wali di Pulau Jawa (Wali Songo). Beliau juga adalah pemerintah atau Sultan ke-5 bagi Kerajaan Kanoman (Islam). We all naik beca ke sana lebih kurang 3km dari hotel! Sampai kat sana pehh aku impressed betul sebab sampai jugak aku! Walaupun sebelum tu hampir-hampir nak dibatalkan! Jejak je kaki kat situ punya la ramai budak-budak mintak sedekah! Tak terlayan aku buat tak tahu je! Nak masuk ke dalam kawasan makam lak ade tol! Semuanya ade tong isi duit dengan orang halang kita kalau tak isi duit dalam tu! Aku ingat lebih dari 5 tong! Pehhh kesian jugak dorang ni! Tapi aku jalan je ada yang sampai tarik-tarik baju aku! Si Husni siap kena pegang tangan dua-dua lagi! Habis duit kecil dia sedekah! Apa nak buat dah tempat camtu! Tapi habis je lepas tempat tu aku toleh belakang dorang semua dah hilang! Aikk just tunggu pelancong dan mintak duit je!! Macam-macam hal la…. Masuk je kawasan makam ada pakcik ni bawak kami ke makam isteri Sunan Gunung Jati beliau dari keturunan Raja Cina berkahwin dengan Gunung Jati setelah di cabar bapanya kepada sesiapa yang boleh mengandungkan anaknya tanpa menyentuh akan dibenarkan berkahwin dengann tuan puteri! Pehh hebat!! Sempat laa kami bergambar beramai-ramai. Lepas tu we all pergi ke makam Sunan Jati! Sayu je! aku dengan May bertafakur dan berdoa! Tapi tiba-tiba pintu makam tu macam dibuka ditiup angin just terhalang sebab ada kunci kat pintu tu! Terperanjat aku ngan May walaupun ketika tu tengah panas takde angin langsung! Fuhh… Sebenarnya makam sunan ni tak boleh masuk cuma sekadar di pintu masuknya sahaja! Makam nya terletak di atas bukit bersama kaum keluarganya! Cuma hari Jumaat sahaja dibuka tapi tak sampai pun kat atas! So lepas habis berdoa we all bergambar depan pintu makam! Best la… ini adalah makam wali yang ketiga aku pergi! Sebelum ini di Demak dekat Masjid Agung, Makam Sunan Kalijaga lepas tu di Kudus, Makam Sunan Kudus! Syukur kat tuhan akhirnya sampai jugak aku kat sini! Habis jalan-jalan sekitar kawasan makam we all naik beca balik ke hotel! Sebelum nak balik tu, punya la ramai budak-budak minta duit ni! Tak terlayan dibuatnya. Sebelum sampai di hotel we all singgah makan dulu di gerai nasi padang malam tadi! Ape lagi makan tengah hari la! Lapar… beca tadi kena bayar Rp30 000 satu beca!! Angin je aku padahal tadi dia minta Rp15 000 pergi balik, apa nak buat kesian jugak aku tengok dorang ni, so bagi je la! Lepas makan jalan kaki pergi hotel, kemas barang and checkout jam 1.30pm! We all pergi Stesyen beli tiket untuk ke Jogjakarta dan simpan bag kat sana sebab nak pergi melawat Istana Kanoman! Naik beca lebih kurang dalam 3km dari stesyen untuk ke sana! Sampai di sana disambut oleh penjaga museum, pakcik ni cerita asal usul kerajaan ni sampai la sekarang hingga berpecah hingga ke Yogyakarta. Di sini lah Sunan Gunung Jati memerintah dahulu! Interesting! Setelah habis melawat we all pun gerak ke Cirebon Mall sepatutnya nak singgah ke Istana Kesepuhan tapi semua dah penat so lepak Mall je la sebelum berangkat ke Yogya. Sampai kat Mall, aku dengan kengkawan aku pekena Es teller (macam air batu campur) dulu! Haus beb! Lepak kejap pastu jalan dalam Mall, kejap je pastu semua hilang bershopping lagi! Cett aku pun sempat la membeli sehelai dua! Hehehehe… dugaan! Jam 6.30pm semua berkumpul kat pintu masuk Mall, ada pertandingan band lak hari ini layan je la. We all amik angkutan kota terus ke Stesyen Keretapi Cirebon seorang Rp2000, ok la! Sampai di stesyen dalam jam 7.15pm and train lak berangkat kalau ikut schedule dalam jam 10.40pm! Lama lagi so melepak la kat stesyen! Lastly tunggu punya tunggu train tak sampai-sampai! Pehhh dah tak tahan nie jam dah pukul 12.30am! sakit dah pinggang aku duduk kat kerusi besi ni, si Husni dah lelap siap dengkur lagi! Finally train sampai jam 1.20am! punya lama tunggu! Katanya ada masalah teknikal! Adusss… dah la naik kelas bisnes (lebih kurang sama macam we all naik dari Palembang ke Lampung) masuk je train alamak dashyat nya! Bersepah-sepah, apa nak buat nama pun travel! Belasah je la, dalam train macam biasa aktiviti tidur semua membuta tak sedar!


Jumaat (30/5/08)


Pagi tu we all sedar bila kaum maknyah nyanyi-nyanyi dalam train mintak duit! Wakakakaka lawak tul la ‘ku katahuan pacaran lagi dengan dirinyaa….teman baik ku auuwwww’ antara lirik lagu dorang! Sampai di Yogyakarta jam 7.00am, keluar stesyen terus cari hotel! Sakit belakang kerusi train dah la keras macam kayu! We all naik beca carik hotel finally lepak kat rumah aeyang lounge kira macam chalet tapi kat area rumah! Cantik sangat macam kat Bali suasananya! Sampai hotel tu we all dah setkan dengan pakcik beca suruh tunggu nak bawak we all jalan-jalan sekitar town Yogya, sampai hotel jam 8.00am aku cakap pakcik tu nak gerak dalam jam 10.00am coz nak mandi and rehat-rehat kejap! Dorang boleh tunggu kat pintu pagar tu punya la lama! Sian lak aku tengok! Punya la nak cari nafkah. Lastly setelah mandi, rehat and breakfast we all gerak ke area Keraton, dorang nak cari baju-baju dengan kain batik! Pehhh berpeluh aku tunggu dorang layan je la! Shopping untuk satu family dorang beli untuk ayah cik, mak ngah, pak lang, anak buah, awek 2-3 orang banyak lagi la! Aku ikut je! Mana aku minat aku sambar je la! Selepas itu, we all singgah kat tempat orang buat keris Pak Agung namanya! Keris dia memang cantik lama-lama pulak tu! Niat dihati nak sambar sebijik! Sabar je la, cukup duit aku beli satu. Habis dikedai keris we all gerak pergi makan tengahari, makan nasi gudeg! Pehh entah aku belasah je! Masakan dorang ni manis-manis tak masuk tekak aku ni! Tapi dah sampai makan je la. Habis makan dalam jam 1.00pm gerak pergi Maliaboro Street, ni la tempat famous untuk pelancong kalau nak shopping! Macam-macam ada. Aku ikut je diorang membeli, banyak jugak yang dorang shopping! Aku tengok je la! Beli apa yang patut je. Jam 4.00pm we all balik hotel setelah nak tercabut kaki aku berjalan sepanjang Maliaboro Street tu! Balik tu aku terus membuta, penat beb! Sedar-sedar dah jam 8.30pm! aku sedar member-member aku semua dah keluar jalan kat Maliaboro, so terpaksa la aku bangun sekali perut lapar ni! Aku gerak pergi Maliaboro Street sorang-sorang layan jugak tengok gelagat orang-orang kat Yogya nie. Yang main muzik la, ada jugak budak-budak scate dengan BMX kat sana! Layan. Aku lepak sorang-sorang coz tak jumpa dorang! Then aku balik hotel, sampai sana dorang tunggu aku kat luar (ada meja makan ngan kerusi) layan gelak-gelak kat situ, dorang belikan aku McDonald! Pehhh dah jam 12.00am. Lepas tu semua masuk tido! Aku tido jam 2.30am tengok movie Lord of the Ring 2nd episode! Membuta…….

Sabtu (31/5/08)

Hari ini we all bangun awal coz dah plan nak pergi Candi Brobudur dengan Candi Parambanan! Jam 8.00am pakcik driver bawak Avanza dah ready kat depan. Lepas breakfast jam 8.30am we all gerak pergi ke Candi Brobudur perjalanan mengambil masa dekat sejam setengah, hari ini memang ramai datang sini! Coz hari sabtu! Ramai gila! Dulu masa aku datang lengang je, senang je! Tiket masuk pun dah mahal USD11 mak aihh mahalnya dulu aku masuk murah je! Apa nak buat dah sampai pun! Dah lama tak pergi dah bertukar wajah Candi nie! Makin ramai lak penjual yang sibuk nak jual barangan dorang!! Yang aku tak boleh lupa sorang kakak ni! Efa! Masa nak masuk kawasan Brobudur dia datang kat aku nak jual baju brobudur as souvenir la…aku cakap tak yah la kak! Dah banyak beli! Dia nak jugak aku beli, katanya dia akan tunggu lepas keluar nanti! Aiseh….Masuk dalam kawasan candi tu memang ramai orang, kengkawan aku pun apa lagi bergambar sakan! Abis segenap penjuru posing ambil gambar especially si Husni ngan May! Dah macam hero Hindustan! Jam 12.30pm aku keluar dari kawasan Brobudur, tetapi terpaksa melalui kawasan gerai-gerai yang jual cenderamata dengan kraftangan! Alamak kakak tadi tu dah tunggu aku!! Mana nak lari ni, kakak Efa terus kejar aku sibuk dia suruh beli baju dia! Jenuh aku tolak, ‘beli la bang baju Efa jual ni’ eiii… lastly aku beli la sehelai baru dia blah! Lepas keluar dari kawasan Brobudur we all terus gerak pergi ke Candi Mendut! Perjalanan mengambil masa 15 minit je dari Brobudur, dekat Mendut just ambil gambar je lepak kat tepi jalan tu dah malas nak masuk! Then we all gerak pergi Candi Parambanan, lama jugak dalam 1 jam perjalanan, dalam mobil we all membuta je! Si Husni sibuk menyanyi lagu ape entah!! Bising! Sumbang lak tu… hehehehehe aku layan je la kang terasa lak! Sampai di Candi Parambanan jam 3.00pm! hari punya la panas, tapi apa nak buat. Masuk kena beli tiket seorang Rp8000 ermmm nasib baik tak mahal macam Brobudur! Kagum jugak la aku tengok candi ni, just sekarang ni dorang tengah repair sebab gempa bumi 2006 menyebabkan kerosakan teruk!! So tak boleh masuk kat dalam candi, dah kena pagar! Tapi still boleh tengok dari dekat, just ada pagar je la. Bergambar sakan la kengkawan aku, habis taip penjuru dorang ambil gambar! Biasa la bukan selalu boleh pergi sini. Jam 4.30pm we all gerak balik ke Yogyakarta, sepatutnya kalau ikut planned nak pergi Pantai Laut Selatan! Tapi semua dah penat berjalan so terus pergi town je la. We all turun kat depan Ramayana Mall, Maliaboro Street lepak kat KFC! Melantak, lapar dari pagi tak makan. Si Husni pulak tengah sedih because kantoi kat parent dia ikut aku pergi Indonesia! Wakakakaka… sedih muka dia tu beb! Lepas makan we all jalan-jalan lagi sekitar Maliaboro Street saja tengok-tengok kalau ada apa-apa yang best nak beli! Then terus balik hotel, jalan kaki je coz dekat! Sampai hotel, mandi dan kemas barang sikit we all keluar makan malam dalam jam 8.00pm! hari ni makan malam Husni belanja, we all makan kat western food restaurant! Lepak sampai jam 10.30pm!! Sembang-sembang pengalaman travel kat negeri orang ni, si Husni, Azdi, Hanum dengan Ina baru first time jalan-jalan camni! So semua puas hati la enjoy! Walaupun pada mulanya aku macam tak confident nak bawak dorang nie. Lepas makan balik hotel, muka semua toye je coz dah kenyang! Semua tido awal just aku sorang lepak kat luar terkenangkan orang jauh….. aku tido jam 2.00am. Esok kena bangun awal 9.00am coz dah janji dengan brader yang bawa beca tu nak pergi tengok keris kat tempat Pak Agung!


Ahad (1/6/08)


Hari ini bangun awal lagi coz nak jalan-jalan menghabiskan duit! Aku dan May dah janji ngan brader bawak beca nak pergi ketempat keris, so jam 9.00am dia dah tunggu nak gerak! Habis je sarapan Aku ngan May pun chow, kengkawan yang lain pergi shopping lagi di Malaiboro Street diketuai oleh Ina…. Lebih kurang 10 min aku sampai kat tempat Pak Agung! Pak Agung dah ready je, pe lagi keluar la semua keris-keris lama tu! Pehhh memang cun tapi Aku tak tahu la betul ke tidak! Harap-harap betul la coz sebelum nie kami datang 3 tahun yang lepas memang barang dia memang real punya! Lama jugak Aku dengan May tengok barang-barang tu, macam-macam jenis keris ada bertambah la ilmu Aku!! Best… belek punya belek finally we all beli jugak! Pak Agung bungkuskan barang tu kemas-kemas takut tak lepas nak bawak masuk Malaysia. Jam 11.00am Aku ngan May gerak dari tempat Pak Agung ke town Yogya! Nak tengok barang lagi (nak menghabiskan duit sebenarnya) Aku beli apa yang patut, sempat la aku beli baju sehelai dua. Lepas terus balik hotel, kengkawan yang lain semua dah balik! Dah siap packing baju nak balik, ulpp hari ini flight jam 4.05pm waktu tempatan! Alamak kelam kabut kemas barang! Aku kemas apa yang patut!! Yang peritnya perjalanan kali ini ialah, selalunya aku tak beli apa-apa sangat pun tapi kali ni semua member aku dah bertambah-tambah beg! Mak aih banyak betul barang dorang beli ini! Sampai bawak buah salak 2kg! Nak bawa balik Malaysia. Tepat jam 1.00pm teksi datang hotel jemput we all ke Airport Aci Saputra, Yogya. Perjalanan mengambil masa 30 min dari hotel! Sampai di hotel we all lepak makan KFC dulu, kemudian check in barang! Then tunggu kat tempat menunggu….pehhh lama lagi! Jam 4.05pm flight berlepas ke Malaysia, sayup je aku tengok Indonesia dari atas. Perjalanan kali ini banyak meninggalkan kenangan walaupun menyimpang dari planning awal aku! Takpe la janji kawan-kawan aku enjoy!! Yeeehaaaaa… Sampai di KLIA jam 7.40pm dengan pantasnya kawan-kawan aku gerak nak cepat balik! Aku dengan Husni naik kereta member dan terus hantar aku ke KL Sentral! Sampai umah terasa penat gila babas, kemas barang terus tido! Jam sudah 1.00am…..zzzzzzzzzz nak carik kayu…nak carik kayu…..sekian.