Tuesday, April 12, 2011

My kids to Broga Hill..

Hari ni 10/04/2011 bersamaan hari Ahad (6 Jamadil Awal 1432 Hijrah).. Jam dah pukul 5.15am!! bangun!!! Mawar dah kejutkan aku pagi nie, aiseh apehal pulak nie??!! opss lupa aku dah plan nak bawak Mawar, Arissa dan Atiyya ke Broga Hill nak tengok matahari terbit. Aku suruh Mawar bersiap, kemas apa yang patut.. aku pun bersiap mandi lebih kurang pakai mana patut terus berkemas letak barang-barang ke kereta... Jam 6.15am kami bertolak dari rumah ke Semenyih melalui Lekas Highway. Arissa dengan Atiyya still tido lagi nyenyak sungguh.

Sampai di Broga dah pukul 6.45am, fuhh hari masih gelap tengok kereta dah ramai parking kat kawasan kelapa sawit dan tepi-tepi jalan tu.. ermmm masuk dalam je la parking aikk siap kena bayar rm2. Park je kereta, aku terus kemas barang.. Mawar bawak beg galas ada isi air minuman ngan susu-susu budak-budak nie, huhuhuhu dorang still tido lagi camne nie!!? aku terus dukung Atiyya then kejutkan Arissa.. elok la pulak anak-anak aku pagi nie, tak banyak karenah patuh jee!! cunnn yesssss..

Aku dan Mawar memulakan perjalanan ke puncak Broga..


Bermula dengan perjalanan bukit berhutan hingga sampai kesini (ni 1st puncak)


Kami terus bergerak berjalan melalui bukit untuk ke puncak Broga, ramai jugak orang pagi nie.. fuhh boleh tahan jugak la penatnya. Tapi si Arissa memang superb tak buat perangai pun dia jalan je.. Mawar plak yang tak larat hahahaha. Sepanjang perjalanan memang ramai orang sian plak anak aku nie.. si Atiyya senyap je. Lebih kurang pukul 7.14am kami selamat sampai ke atas Bukit Broga, walau pun belum sampai yang paling atas skali. Mendaki tu yang penat kesian pulak Mawar tak biasa, tapi Arissa dengan Atiyya memang steady je.. sampai je atas terus belasah minum susu!! huhuhuhu.

Matahari terbit.. permandangan menarik diwaktu pagi


Arissa je yang lebih sibuk ajak aku naik kat puncak atas skali.. semangat sungguh anak aku nie. Darah panglima mana yang mengalir kat badan dia nie, elok la jugak anak aku ni sekali sekala memanjat bukit nie. Aku berdua terus ke puncak meninggalkan Mawar dengan Atiyya kat puncak no.2 sebelumnya.. arini memang ramai orang so terpaksa slow-slow la jalan. Lebih kurang 10 min aku dan Arissa dah sampai puncak, senyum je anak aku nie.. bangga pulak aku! ade jugak keturunan aku yang lasak minat daki-daki nie.. Alhamdulillah.


ke 2nd puncak.. fuhh mendaki saje


Susah jugak masa nak sampai tu kerana terpaksa memanjat batu tu pakai tali, so kena la aku dukung Arissa tapi dia berkeras jugak nak naik.. pasal Arissa apa-apa pun papa sanggup!!!! Lega bila dah sampai atas kepuasan tu memang terasa dengan matahari baru nak terbit suasana pagi tu memang nyaman melegakan.. elok jugak buat aktiviti camni selalu dengan Mawar dan anak-anak.

Yang hujung tu puncak yang terakhir.. ada bendera Malaysia lagi tu


Lepas berehat-rehat dan sessi bergambar kat atas bukit tu kami terus turun.. sampai di bawah lebih kurang pukul 9.40am masih awal lagi. Aku dah plan nak balik awal nak ride motor dengan Azri. Arissa dah pujuk-pujuk aku nak mandi sungai.. please papa kakak Cica nak mandi sungai beshhhh!! hehehehe ermm takpe pasal Arissa dah berjaya sampai ke puncak Bukit Broga aku bawak dia mandi-manda di Sungai Tekala, seronok pulak aku tengok wajah si Arissa ni semangat tak sangka dia ni kuat nak mendaki.. ikut kaki papa dia nie!! Habis mandi lebih kurang pukul 12.30pm, kami pulang ke rumah.. seronok Arissa dengan Atiyya main air sungai nie.

Sampai ke puncak Broga.. akhirnya



Kepuasan setelah berjaya sampai ke puncak Broga.. mandi sungai


Kesimpulan aktiviti kali ini, Seronok sekali sekala bawak wife dan anak-anak mencuba sesuatu yang dorang tak pernah buat, selama ni aku pergi solo je ngan kawan-kawan.. sekarang biar dorang rasa pulak. Tapi Arissa memang aku tak sangka begitu kuat, memang layak ikut aku mendaki lagi.. siap pesan "papa.. kakak cica nak panjat bukit lagi, nanti papa bawak okay" fuhhh layan tul. Atiyya pun steady je takde nangis ke banyak songel ke.. happy je memang kuat anak-anak aku nie. Alhamdulillah semoga tuhan senantiasa memberi rahmat ke atas kami sekeluarga dan melimpahkan rezeki dan tubuh badan yanbg sihat hendaknya.. amiennnnn..

Sunday, April 10, 2011

Suzy dan Suzila ke Port Dickson

Ermmm baru balik dari Broga Hill.. adeh sakit kepala lutut aku nie!! dah tu dah plan ngan Azri nak ride motor pulak. Mana nak pergi?? Azdi ajak pergi PD plak.. fuhh larat ke aku nie?!! So sampai umah, makan nasi pastu siap-siap nak gerak ride pergi PD. Motor dah 2 minggu tak start ni harap-harap ok la.. Pukul 2.30pm aku pun gerak pergi Petronas nak isi minyak, fuhh nasib baik motor skali start je.. cun laa.. Azri dah tunggu aku kat Petronas, siap isi minyak aku gerak ngan Azri pergi Tol Sg. Besi dah plan nak jumpa kat Shell lepas tol tu. Aiseh hujan renyai la pulak, sampai kat Shell Azdi dengan May dah tunggu.. lepak kejap kena donut pulak!!

Dalam 10 min, kami terus gerak ke PD.. terus masuk highway Plus. Bole tahan jugak budak-budak ni bawak laju, okay la ride camni takde la laju sangat or slow sangat.. sedang-sedang hahahaha. Jalan pun smooth jer.. lepas tol Port Dickson, we all lepak sekejap si Azri dah tak tahan nak terkucil dah jalan hujan sejuk je!! hahahaha... Lepak 5 min, kami teruskan perjalanan ke PD.


Di Tol Port Dickson.. amik angin


Sampai PD macam biasa la melepak, usha-usha apa patut.. ramai jugak orang petang-petang nie tengok jam dah kul 5 lebih. We all park motor terus lepak kat gerai mengadap laut.. fuh memang layan!!! kena lai chee kang plak, ermmm syahdu sungguh. Pukul 6 lebih, kami bergerak balik, kami singgah di batu 4.. tengok kedai bundle pastu isi minyak kat Petronas. Tapi sebelum tu motor Azdi buat hal plak, kesian plak aku tengok motor ni geram je tak nak hidup plak.. cesss kena tolak dah hidup okay je besit tak ingat.


Kat PD: sambil membetulkan motor Azdi


We all berhenti rehat kat RnR Nilai, pekena nasi lemak power kat kedai hujung tu.. memang layan panas-panas!! fuhh lepas kenyang dan bersembang bebagai, kami berpecah balik. Sampai Bangi hujan lebat!! alamak aku nampak Azdi berhenti bawah jambatan, aiseh aku malas la nak berhenti ni aku teruskan perjalanan sampai kat depan sikit je aiseh tak hujan pun kering je.. cess sudah kena tipu la hahahahaha. Aku terus ride sampai rumah.. adeh sakit pinggang.


Kesimpulan, memang layan sekali- sekala camni jumpa kawan-kawan dah lama tak ride skali camni.. dah bole maintain bawak motor laju sikit!! hehehehe sepetang dengan kengkawan ape salahnya kan.. kan.. huhuhuhuhu layan.

Saturday, April 2, 2011

Dimana Makam Parameswara @ Sultan Iskandar Syah..

Dimanakah Makam Parameswara? atau nama Islamnya Sultan Iskandar Syah yang memerintah negeri jajahan Melaka pada sewaktu ketika dahulu.... Mengikut kajian dan juga informasi-informasi sejarah makamnya terletak di atas bukit di Tanjung Tuan, Melaka. Juga mengikut ilham-ilham yang diterima makamnya memang terletak di Tanjung Tuan di sebuah kawasan lapang dikelilingi pokok-pokok. Sultan Melaka ni orangnya kecil sahaja dan tegas, isterinya telah meninggal dunia sebelum kemangkatan beliau.

So arini aku dengan sahabat karib aku May meneruskan jejak mencari Makam tersebut. Ermmm arini sabtu dah aku bangun lewat pulak plannye nak pergi Tanjung Tuan awal pagi atau lebih spesifiknya waktu lepas subuh.. hahahaha macam la bangun!!!. Pukul 10am baru aku gerak pergi Segambut amik May, then terus masuk Highway Plus menuju ke Port Dickson. Tapi dari semalam macam aku tak rasa best sangat je nak pegi tempat ni entah la, even ni pun aku bole tetinggal fon aku kat umah so terpaksa la patah balik amik fon aku takut papehal emergency kang payah. Dalam perjalanan kesana aku dengan May banyak bercerita mengenai Parameswara dan juga Patih Gajah Mada iaitu penguasa atau panglima atau penasihat raja dari Jawa iaitu semasa di kerajaan Majapahit, menarik jugak pasal beliau nie.. ermm mungkin suatu hari nanti kami akan kesana Surabaya, Probolinggo dan Mt Bromo.. Insyaallah.

Sampai di Tanjung Tuan lebih kurang pukul 1pm, perghhh laparrr kena cari tempat makan dulu, kami lepak kat Blue Lagoon! aisehh dah ade kedai makan kat sini, dah siap bangunan sekali.. banyak perubahan tempat ni maklum la lama tak datang sini. Trip ke Tanjung Tuan ni, dah trip ketiga aku datang dengan May. Sebelum ni aku, May dengan Zul.. tapi Zul ade komitmen lain. Lepas makan lepak-lepak kejap amik udara tengok orang mandi manda, then kami meneruskan perjalanan nak ke Tanjung Tuan tu.. so aku park kereta kat sebelah Ilham Resort tu. Lebih kurang pukul 3pm, kitorang berjalan menuju ke atas Tanjung Tuan. Tanjung Tuan sebelum ini dikenali sebagai Cape Rachedo sebelum ditukar nama, kat atas Tanjung Tuan ni tersergam Rumah Api Tanjung Tuan yang dibina pada masa awal 1800 lagi..


Papan Maklumat Tanjung Tuan

Pada informasi yang kami ade Makam tu terletak berdekatan dengan Rumah Api, tapi dah penat pusing tak jumpe pun.. maybe dah tak wujud dah atau dah dimusnahkan semasa mendirikan rumah api nie! arghh sayang tul la, berpeluh jugak mencarinya dah la tengah panas nie.. frust. Sekarang ni musim penghijrahan burung, so ramai la yang melepak kat atas ni nak amik gambar tapi permandangan kat atas ni memang cantik pun. Kalau waktu malam lagi best pukul 1am ke, best je layan lepak kat atas nie.

Rumah Api Tanjung Tuan dan permandangan sekitarnya..

Lepas pusing-pusing tu kami terus ke Pulau Intan, lalu jalan bertangga tu menurun bukit. Fuhh lama tak berjalan camni, sapai bawah tu kami terus ke Pulau Intan lepak kat atas tu.. Makam kat atas ni pun masih ada lagi, makam seorang perempuan. Kami melepak kat ujung Pulau Intan ni mana la tau nampak apa-apa yang menarik (memang ade benda menarik kat sini tapi bukan semua orang bole nampak, termasuk la aku.. hehehehe)






Disekitar Pulau Intan..


Pantai kat sini masih cantik lagi bersih je, aik ade plak mat saleh mandi kat sini!! lantak korang la.. kami merayau-rayau sekitar tempat nie kemudian terus ke area tapak kaki Hang Tuah di sebelah bukit lebih kurang 30 minit berjalan mengikut denai dalam hutan nie. Air time ni tengah pasang, aiseh dah tak nampak jalan mengikut tepi pantai nie.. so terpaksa la redah naik bukit sampai jumpa denai kesana. Kalau mengikut arah bertentangan pantai ni, waktu air surut kita bole jumpa macam kolam air tawar kecik je, kemudian ade sebuah gua maybe tempat orang dulu-dulu bertapa kot. Kalau terus naik ke puncak kita bole lihat seluruh permandangan Tanjung Tuan, ade batu putih bulat tempat raja-raja bersidang berehat dahulunya.. Allahualam.

Lebih kurang setengah jam, kami sapai ke tempat tapak kaki Hang Tuah fuhhh.. panas! kami lepak atas batu ni, sebelum ni dibelakang ni ada surau untuk semayang dan disisi batu ni terdapat perigi air tawar untuk kegunaan minum dan masak. Mengikut ceritanya air perigi ni berkhasiat untuk mengubat penyakit, Allahualam.. Kat atas tempat ni ade Makam seorang Sheikh, ia dipanggil Makam Keramat. Kat tepi ni masih wujud lagi pokok mangga dengan pokok pinang.. pokok ni wujud sejak zaman dahulu lagi, sejak zaman Hang Tuah dah kering kayu-kayu pokok ni dah nak mati kot.

Sekitar kawasan tapak kaki Hang Tuah..

Selesai berehat disini kami meneruskan perjalan untuk pulang melalui jalan pantai ke arah Pulau Masjid, tapi sempat singgah melihat perigi belanda yang terdapat disini. Pada waktu ini air laut tengah pasang, so menyukarkan kami melalui jalan pantai terpaksa jugak naik ke atas bukit.. fuhhh mencabar sungguh. lebih kurang 20 minit kami sapai ke luar, hari masih terang lagi.. kemudian terus ke kereta amik nafas!! hehehehe..


Perigi Belanda.. Ntah iyer ntah idak!!



On the way pulang melalui jalan pantai: Dihujung tu la Hang Tuah bertemu Nabi Khidir.. hehehe Allahualam..


Sebelum pulang kami singgah ke Teluk Kemang pekena ABC, mak aih layan beb tengok permandangan pantai Port Dickson di waktu petang nie.


Kesimpulan pada lawatan kali ini, tak dapat ape yang kami ingin temui.. mungkin bukan sekarang atau memang takkan jumpe dah! takpe la takde rezeki. Tapi perjalanan ke tempat- tempat menarik sekitar Tanjung Tuan ni mengimbas kembali kenangan lalu sewaktu kali pertama datang kesini disapa oleh Pakcik Rambo.. kat mana dia sekarang entah la. Apa-apa pun best memang layan sekali sekala layan bukit nie..