Saturday, April 2, 2011

Dimana Makam Parameswara @ Sultan Iskandar Syah..

Dimanakah Makam Parameswara? atau nama Islamnya Sultan Iskandar Syah yang memerintah negeri jajahan Melaka pada sewaktu ketika dahulu.... Mengikut kajian dan juga informasi-informasi sejarah makamnya terletak di atas bukit di Tanjung Tuan, Melaka. Juga mengikut ilham-ilham yang diterima makamnya memang terletak di Tanjung Tuan di sebuah kawasan lapang dikelilingi pokok-pokok. Sultan Melaka ni orangnya kecil sahaja dan tegas, isterinya telah meninggal dunia sebelum kemangkatan beliau.

So arini aku dengan sahabat karib aku May meneruskan jejak mencari Makam tersebut. Ermmm arini sabtu dah aku bangun lewat pulak plannye nak pergi Tanjung Tuan awal pagi atau lebih spesifiknya waktu lepas subuh.. hahahaha macam la bangun!!!. Pukul 10am baru aku gerak pergi Segambut amik May, then terus masuk Highway Plus menuju ke Port Dickson. Tapi dari semalam macam aku tak rasa best sangat je nak pegi tempat ni entah la, even ni pun aku bole tetinggal fon aku kat umah so terpaksa la patah balik amik fon aku takut papehal emergency kang payah. Dalam perjalanan kesana aku dengan May banyak bercerita mengenai Parameswara dan juga Patih Gajah Mada iaitu penguasa atau panglima atau penasihat raja dari Jawa iaitu semasa di kerajaan Majapahit, menarik jugak pasal beliau nie.. ermm mungkin suatu hari nanti kami akan kesana Surabaya, Probolinggo dan Mt Bromo.. Insyaallah.

Sampai di Tanjung Tuan lebih kurang pukul 1pm, perghhh laparrr kena cari tempat makan dulu, kami lepak kat Blue Lagoon! aisehh dah ade kedai makan kat sini, dah siap bangunan sekali.. banyak perubahan tempat ni maklum la lama tak datang sini. Trip ke Tanjung Tuan ni, dah trip ketiga aku datang dengan May. Sebelum ni aku, May dengan Zul.. tapi Zul ade komitmen lain. Lepas makan lepak-lepak kejap amik udara tengok orang mandi manda, then kami meneruskan perjalanan nak ke Tanjung Tuan tu.. so aku park kereta kat sebelah Ilham Resort tu. Lebih kurang pukul 3pm, kitorang berjalan menuju ke atas Tanjung Tuan. Tanjung Tuan sebelum ini dikenali sebagai Cape Rachedo sebelum ditukar nama, kat atas Tanjung Tuan ni tersergam Rumah Api Tanjung Tuan yang dibina pada masa awal 1800 lagi..


Papan Maklumat Tanjung Tuan

Pada informasi yang kami ade Makam tu terletak berdekatan dengan Rumah Api, tapi dah penat pusing tak jumpe pun.. maybe dah tak wujud dah atau dah dimusnahkan semasa mendirikan rumah api nie! arghh sayang tul la, berpeluh jugak mencarinya dah la tengah panas nie.. frust. Sekarang ni musim penghijrahan burung, so ramai la yang melepak kat atas ni nak amik gambar tapi permandangan kat atas ni memang cantik pun. Kalau waktu malam lagi best pukul 1am ke, best je layan lepak kat atas nie.

Rumah Api Tanjung Tuan dan permandangan sekitarnya..

Lepas pusing-pusing tu kami terus ke Pulau Intan, lalu jalan bertangga tu menurun bukit. Fuhh lama tak berjalan camni, sapai bawah tu kami terus ke Pulau Intan lepak kat atas tu.. Makam kat atas ni pun masih ada lagi, makam seorang perempuan. Kami melepak kat ujung Pulau Intan ni mana la tau nampak apa-apa yang menarik (memang ade benda menarik kat sini tapi bukan semua orang bole nampak, termasuk la aku.. hehehehe)






Disekitar Pulau Intan..


Pantai kat sini masih cantik lagi bersih je, aik ade plak mat saleh mandi kat sini!! lantak korang la.. kami merayau-rayau sekitar tempat nie kemudian terus ke area tapak kaki Hang Tuah di sebelah bukit lebih kurang 30 minit berjalan mengikut denai dalam hutan nie. Air time ni tengah pasang, aiseh dah tak nampak jalan mengikut tepi pantai nie.. so terpaksa la redah naik bukit sampai jumpa denai kesana. Kalau mengikut arah bertentangan pantai ni, waktu air surut kita bole jumpa macam kolam air tawar kecik je, kemudian ade sebuah gua maybe tempat orang dulu-dulu bertapa kot. Kalau terus naik ke puncak kita bole lihat seluruh permandangan Tanjung Tuan, ade batu putih bulat tempat raja-raja bersidang berehat dahulunya.. Allahualam.

Lebih kurang setengah jam, kami sapai ke tempat tapak kaki Hang Tuah fuhhh.. panas! kami lepak atas batu ni, sebelum ni dibelakang ni ada surau untuk semayang dan disisi batu ni terdapat perigi air tawar untuk kegunaan minum dan masak. Mengikut ceritanya air perigi ni berkhasiat untuk mengubat penyakit, Allahualam.. Kat atas tempat ni ade Makam seorang Sheikh, ia dipanggil Makam Keramat. Kat tepi ni masih wujud lagi pokok mangga dengan pokok pinang.. pokok ni wujud sejak zaman dahulu lagi, sejak zaman Hang Tuah dah kering kayu-kayu pokok ni dah nak mati kot.

Sekitar kawasan tapak kaki Hang Tuah..

Selesai berehat disini kami meneruskan perjalan untuk pulang melalui jalan pantai ke arah Pulau Masjid, tapi sempat singgah melihat perigi belanda yang terdapat disini. Pada waktu ini air laut tengah pasang, so menyukarkan kami melalui jalan pantai terpaksa jugak naik ke atas bukit.. fuhhh mencabar sungguh. lebih kurang 20 minit kami sapai ke luar, hari masih terang lagi.. kemudian terus ke kereta amik nafas!! hehehehe..


Perigi Belanda.. Ntah iyer ntah idak!!



On the way pulang melalui jalan pantai: Dihujung tu la Hang Tuah bertemu Nabi Khidir.. hehehe Allahualam..


Sebelum pulang kami singgah ke Teluk Kemang pekena ABC, mak aih layan beb tengok permandangan pantai Port Dickson di waktu petang nie.


Kesimpulan pada lawatan kali ini, tak dapat ape yang kami ingin temui.. mungkin bukan sekarang atau memang takkan jumpe dah! takpe la takde rezeki. Tapi perjalanan ke tempat- tempat menarik sekitar Tanjung Tuan ni mengimbas kembali kenangan lalu sewaktu kali pertama datang kesini disapa oleh Pakcik Rambo.. kat mana dia sekarang entah la. Apa-apa pun best memang layan sekali sekala layan bukit nie..

5 comments:

  1. makam parameswara mmg ada kat bawah tu area rumah nenek tua yang jaga bawah tu... tak tahula nenek tu ada lagi atau tak... tapi mmg ada makam panjang bawah tu.. siap ada tulis 'makam parameswara'.. dekat dgn gigi laut

    ReplyDelete
  2. Salam tuan Ahmad Tamrin
    Sudi Hubungi saya 0102960840

    ReplyDelete
  3. Makam Parameswara sepatut nya di pelihara dengan baik oleh DO Port Dickson sebagai tembatyang amat bersejarah untukdikunjumgi oleh pengunjung ke Port Dickson. Juga untuk keturunan akan datang yang minat pada sejarah melaka.

    ReplyDelete
  4. Maaf nk tnye..makam kat pulau intan tu,siapa ye?apa kisahnye?mcm mne bleh ade kat situ?

    ReplyDelete
  5. Harap bleh dpt info tentang makam kat pulau intan tu

    ReplyDelete