Wednesday, May 13, 2009

Ekspedisi Air Terjun Jerangkang

Simpang Air Terjun Jerangkang


Air Terjun Jerangkang... fuh tetiba je muncul kat kepala bebudak nie!! aku pun tak tahu kat celah mana tempat ni, yang aku tau dekat dengan Air Terjun Berkelah area Maran, Pahang. So dengan sedikit info aku (Arien), Azri dan Izham cuba la nak menjejak kaki ke air terjun tu. Driver dia macam biasa aku laa siapa lagi! hehehehe.. Dari KL ke Maran mengambil masa 2 jam setengah drive itu pun bawak slow2 je.. mcm bawak pengantin! kengkawan kuat sangat bertafakur.. kuikuikui



Azri, Izham and Arien (KLuk KLuk AdVenTures)


Macam biasa ni lah team kitorang yang tak pernah lagi berubah... Azri, Izham and Arien! ni masa baru nak naik atas ke Air Terjun Jerangkang dah sampai base camp. Seperti biasa laa memang sampai dah malam maghrib la ni, datang laa awal mana pun subuh ke mesti sampai malam... huhuhuhu dah terbiasa la gamaknye...



Kenderaan we all nak masuk Jerangkang.. aduhaii

On the way to Jerangkang base camp 16km dari simpang besar.. gulap gulita!!


Antara air terjun yang ada kat Jerangkang.. memang cantik!!!

Tengok la keindahan alam ciptaan tuhan.. fuhhh kagum beb!!

Ni time dah nak turun dah... layanzzz

Errmmm memang teruja la pergi air terjun nie.. memang cantik seperti yang diceritakan!! Sepanjang perjalanan nak kesini memang layan.. penat beb! sakit bahu ni dengan beg berat di tambah beras 2kg yang kononnya nak masak untuk makan cettt.. bawak je la lebih!! Pendakian mendaki air terjun ni agak mencabar jugak la dengan beg galas nak bawak, dah tu we all pun dah season! hehehehe dah lama tak mendaki! Tapi kepuasan tu terpancar kat muka we all... dengan layan lagu Memburu Impian lagi yang sayup2 je dengornye.. hehehehe! planning yang tetiba ni menjadi pulak!! memang superb.. driving kembara macam bawak 4WD ni memang layan, takpe la pengalaman tu.. huhuhuhu we all nak bersiap ke Sg Lembing nak layan Air Terjun Pelangi pulak.. Kalau nak baca detail ko jenguk2 la website we all at http://kluk-kluk-adventures.blogspot.com/, jemput jemput sila silaakan la... adioss

1 comment: