Tuesday, May 19, 2009

Ekspedisi Air Terjun Pelangi

Selepas berkemas dari Air Terjun Jerangkang dengan pantasnya we all menuju ke arah Kuantan menghala ke Sg Lembing. We all berhenti makan kat satu restoran kat tepi jalan tu, ape lagi time makan laa... lapar beb! So nak sampai Sg Lembing mengambil masa lebih kurang sejam la drive slow2 layan view cantik jugak area ni nampak la gua caras, ramai budhist yang stay area ni rasanya.


First touch kt Sg Tembeling... kedai runcit la beli bekalan makanan


Sampai kat Sg Tembeling we all terus berhenti kat Kedai runcit beli makanan! kena Coke layan! haus gile.. Lepas tu trus kan perjalanan ke Air Terjun Pelangi Base Camp.. mak aih kena lalu jambatan kayu laa.. biar betul! belasah jangan hanyut sudah huhuhuhu..



Jambatan kayu merentasi sungai


Perjalanan dari sini mengambil masa entah laa lebih kurang sejam setengah kot jarak dalam 16km masuk ke dalam.. bule tahan laa mencabar! berpeluh-peluh aku nak handle kembara ni, tapi layan laa kengkawan pun best senang sikit nak handle. Tapi macam biasa time nak masuk ni dah nak gelap maghrib! aduhh aku dah la rabun belasah je laa..


Tempat ni mencabar sikit nak lepas 2-3 kali jugak cuba coz kena lepas sungai ni terus naik bukit depan tu.. menangis! hehehehe


Some pictures i took while driving to Air Terjun Pelangi Base Camp, nasib baik dah kering! kalau basah hujan sure tak naik dah nie...


Bila sampai sana terus we all bukak khemah penat beb! dah nak start membuta.. hehehehe baru pukul 9 malam. Tapi kebetulan malam ni hujan plak! mmg tido dalam air la.. belasah je! dah biasa bertafakur kat man2-mana pun, janji bule lelap! sejukkk


Ni la tempat we all stay.. kebasahan dalam hujan! tapi yang kat dalam tu nyenyak je!! sayu je malam nie..


Malam ni aku ngan Izham kononnya masak la nasi ngan kari ayam, ces alih-alih semua tido. Berjaya jugak la masak nasi ngan lauk ni pukul 3 pagi aku ngan Izham bangun melantak.. lapar beb! yang balance dia serahkan kat Azri! tu dia pukul 7.30 pagi bangun melantak nasi sejuk.. belasah!! hahahaha


Pagi ni bangun terus bersiap nak pegi ke Air Terjun Pelangi, ikut brader guide kat sini kononnya lebih kurang 15 min je dik!! huhuhu.. jom kita try pegi!! Apa lagi we all pun pegi la kena seberang sungai la pulak! si Izham dah bawak jalan lain nak pegi sana, masuk hutan! fuhh akibatnya.. tu dia bapak pacat pun ada.. abis kaki aku ngan Izham kena gigit tapi paling best aku la sampai atas peha fuhh sib baik dia tak gigit bapak pacat yang tido tu.. ekekekeke Bila sampai kat Air Terjun Pelangi tu.. fuhh terpegun beb!! cantik gile.. berbaloi la walau pun dah menumpahkan darah tadi! hehehehe..



Baru sampai.. fuhh memang cun


Air Terjun Pelangi!! Canteekkk.. Abis layan air terjun ni lama jugak laa.. tunggu jugak pelangi muncul tapi malam tadi hujan! so matahari tak nampak la pagi nie.. lepas lepak we all pun trus chow trun ke base camp balik! mandi sungai laa ape lagi! pantang jumpa air, lapar plak tu! makan time.. hehehehe


Makan Time...


Habis makan, we all berkemas dan terus chow keluar dan sempat lagi singgah ke Muzium Sg Lembing... layan jugak tengok sejarah tempat ni! pastu terus balik KL. Best!! layann..

No comments:

Post a Comment