Tuesday, May 19, 2009

Hang Tuah @ Tun Saaban



Hang Tuah, seorang pahlawan melayu yang amat diagung-agungkan pada alam melayu ini. Memang tidak dinafikan Hang Tuah amat dikenali oleh seluruh umat Melayu di Nusantara ini, dengan kata-kata hikmatnya " Tak kan Melayu Hilang Di Dunia" aku pun amat teruja dengan kata hikmah ini. Aku masih yakin Hang Tuah adalah pahlawan melayu sejati. Tetapi fikiran aku kusut kembali apabila mengetahui bahawa Hang Tuah itu ialah Tun Saaban kemudian Narai di Ayuthia dan masa akhir hayatnya di gelar Sultan Iskandar Muda Thani di Acheh. Memang aku tiada bukti-bukti sahih atau pun hikayat yang menidakkan persamaan ini, tetapi hati aku masih tetap tidak percaya mengenai hubungan kedua-dua orang besar tersebut. Kerajaan Melaka memang mempunyai jajahan yang luas sehingga ke pattani dan ke Jawa di Selatan, dan mempunyai banyak kerajaan yang wujud dibawah naungannya. Tetapi apakah hubungan di antara Tun Saaban yang diriwayatkan hidupnya di Perak dan Hang Tuah yang diriwayatkan di Melaka?


Pada akhir kehidupan Hang Tuah di Melaka, beliau melarikan diri ke Ulu Melaka (atas sebab-sebab tertentu) dan menetap di sana kemudian berbakti kepada Kerajaan di Siam, walau bagaimanapun beliau hanya menjawat jawatan biasa di Siam dan membantu kerajaan Siam mengusir perompak dan jugak orang-orang Jepun yang mengacau di sana. Beliau hidup di Pattani, di mana wujudnya masjid Hang Tuah di sana (maaf kalau silap, ingat-ingat lupa). Kehilangannya memang tak dapat dibayangkan.. hanya Tuhan yang Maha Esa yang mengetahui. Hang Tuah memang dari keturunan raja!!


Tun Saaban, yang dikaitkan dengan Sultan Muzaffar (Sultan Perak 1) adalah pembesar yang dilantik oleh Sultan dan kemudiannya berpaling tadah dan dibunuh oleh Megat Terawis. Aku masih tak percaya pada hipotesis ini, bahawa mereka ini orang yang sama. Persoalannya mengapa Hang Tuah dilantik menjadi Sultan? sedangkan dia bukan dari keturunan Sultan yang ada di kawasan Melaka ini? Apakah Hang Tuah kepingin menjadi Sultan dengan baktinya kepada Sultan Melaka sebelum ini tak dapat disangsikan lagi... Apakah dia masih memerlukan semua kesenangan didunia ini? Tun Saaban mungkin mahu menjadi Sultan atau pembesar kerana beliau memang dari keturunan orang-orang besar tetapi tidak Hang Tuah. Kemanakah hilang nya Keris Taming Sari? kalau dia masih wujud, mengapa tidak berada di Acheh atau kawasan sekitarnya?


Banyak lagi yang perlu dipersoalkan tetapi tidak dapat aku huraikan secara detail, tetapi Tuhan Maha Mengetahui.. tetapi gambaran aku mereka bukan orang yang sama! Allahualambissawab..

No comments:

Post a Comment