Tuesday, April 12, 2011

My kids to Broga Hill..

Hari ni 10/04/2011 bersamaan hari Ahad (6 Jamadil Awal 1432 Hijrah).. Jam dah pukul 5.15am!! bangun!!! Mawar dah kejutkan aku pagi nie, aiseh apehal pulak nie??!! opss lupa aku dah plan nak bawak Mawar, Arissa dan Atiyya ke Broga Hill nak tengok matahari terbit. Aku suruh Mawar bersiap, kemas apa yang patut.. aku pun bersiap mandi lebih kurang pakai mana patut terus berkemas letak barang-barang ke kereta... Jam 6.15am kami bertolak dari rumah ke Semenyih melalui Lekas Highway. Arissa dengan Atiyya still tido lagi nyenyak sungguh.

Sampai di Broga dah pukul 6.45am, fuhh hari masih gelap tengok kereta dah ramai parking kat kawasan kelapa sawit dan tepi-tepi jalan tu.. ermmm masuk dalam je la parking aikk siap kena bayar rm2. Park je kereta, aku terus kemas barang.. Mawar bawak beg galas ada isi air minuman ngan susu-susu budak-budak nie, huhuhuhu dorang still tido lagi camne nie!!? aku terus dukung Atiyya then kejutkan Arissa.. elok la pulak anak-anak aku pagi nie, tak banyak karenah patuh jee!! cunnn yesssss..

Aku dan Mawar memulakan perjalanan ke puncak Broga..


Bermula dengan perjalanan bukit berhutan hingga sampai kesini (ni 1st puncak)


Kami terus bergerak berjalan melalui bukit untuk ke puncak Broga, ramai jugak orang pagi nie.. fuhh boleh tahan jugak la penatnya. Tapi si Arissa memang superb tak buat perangai pun dia jalan je.. Mawar plak yang tak larat hahahaha. Sepanjang perjalanan memang ramai orang sian plak anak aku nie.. si Atiyya senyap je. Lebih kurang pukul 7.14am kami selamat sampai ke atas Bukit Broga, walau pun belum sampai yang paling atas skali. Mendaki tu yang penat kesian pulak Mawar tak biasa, tapi Arissa dengan Atiyya memang steady je.. sampai je atas terus belasah minum susu!! huhuhuhu.

Matahari terbit.. permandangan menarik diwaktu pagi


Arissa je yang lebih sibuk ajak aku naik kat puncak atas skali.. semangat sungguh anak aku nie. Darah panglima mana yang mengalir kat badan dia nie, elok la jugak anak aku ni sekali sekala memanjat bukit nie. Aku berdua terus ke puncak meninggalkan Mawar dengan Atiyya kat puncak no.2 sebelumnya.. arini memang ramai orang so terpaksa slow-slow la jalan. Lebih kurang 10 min aku dan Arissa dah sampai puncak, senyum je anak aku nie.. bangga pulak aku! ade jugak keturunan aku yang lasak minat daki-daki nie.. Alhamdulillah.


ke 2nd puncak.. fuhh mendaki saje


Susah jugak masa nak sampai tu kerana terpaksa memanjat batu tu pakai tali, so kena la aku dukung Arissa tapi dia berkeras jugak nak naik.. pasal Arissa apa-apa pun papa sanggup!!!! Lega bila dah sampai atas kepuasan tu memang terasa dengan matahari baru nak terbit suasana pagi tu memang nyaman melegakan.. elok jugak buat aktiviti camni selalu dengan Mawar dan anak-anak.

Yang hujung tu puncak yang terakhir.. ada bendera Malaysia lagi tu


Lepas berehat-rehat dan sessi bergambar kat atas bukit tu kami terus turun.. sampai di bawah lebih kurang pukul 9.40am masih awal lagi. Aku dah plan nak balik awal nak ride motor dengan Azri. Arissa dah pujuk-pujuk aku nak mandi sungai.. please papa kakak Cica nak mandi sungai beshhhh!! hehehehe ermm takpe pasal Arissa dah berjaya sampai ke puncak Bukit Broga aku bawak dia mandi-manda di Sungai Tekala, seronok pulak aku tengok wajah si Arissa ni semangat tak sangka dia ni kuat nak mendaki.. ikut kaki papa dia nie!! Habis mandi lebih kurang pukul 12.30pm, kami pulang ke rumah.. seronok Arissa dengan Atiyya main air sungai nie.

Sampai ke puncak Broga.. akhirnya



Kepuasan setelah berjaya sampai ke puncak Broga.. mandi sungai


Kesimpulan aktiviti kali ini, Seronok sekali sekala bawak wife dan anak-anak mencuba sesuatu yang dorang tak pernah buat, selama ni aku pergi solo je ngan kawan-kawan.. sekarang biar dorang rasa pulak. Tapi Arissa memang aku tak sangka begitu kuat, memang layak ikut aku mendaki lagi.. siap pesan "papa.. kakak cica nak panjat bukit lagi, nanti papa bawak okay" fuhhh layan tul. Atiyya pun steady je takde nangis ke banyak songel ke.. happy je memang kuat anak-anak aku nie. Alhamdulillah semoga tuhan senantiasa memberi rahmat ke atas kami sekeluarga dan melimpahkan rezeki dan tubuh badan yanbg sihat hendaknya.. amiennnnn..

Sunday, April 10, 2011

Suzy dan Suzila ke Port Dickson

Ermmm baru balik dari Broga Hill.. adeh sakit kepala lutut aku nie!! dah tu dah plan ngan Azri nak ride motor pulak. Mana nak pergi?? Azdi ajak pergi PD plak.. fuhh larat ke aku nie?!! So sampai umah, makan nasi pastu siap-siap nak gerak ride pergi PD. Motor dah 2 minggu tak start ni harap-harap ok la.. Pukul 2.30pm aku pun gerak pergi Petronas nak isi minyak, fuhh nasib baik motor skali start je.. cun laa.. Azri dah tunggu aku kat Petronas, siap isi minyak aku gerak ngan Azri pergi Tol Sg. Besi dah plan nak jumpa kat Shell lepas tol tu. Aiseh hujan renyai la pulak, sampai kat Shell Azdi dengan May dah tunggu.. lepak kejap kena donut pulak!!

Dalam 10 min, kami terus gerak ke PD.. terus masuk highway Plus. Bole tahan jugak budak-budak ni bawak laju, okay la ride camni takde la laju sangat or slow sangat.. sedang-sedang hahahaha. Jalan pun smooth jer.. lepas tol Port Dickson, we all lepak sekejap si Azri dah tak tahan nak terkucil dah jalan hujan sejuk je!! hahahaha... Lepak 5 min, kami teruskan perjalanan ke PD.


Di Tol Port Dickson.. amik angin


Sampai PD macam biasa la melepak, usha-usha apa patut.. ramai jugak orang petang-petang nie tengok jam dah kul 5 lebih. We all park motor terus lepak kat gerai mengadap laut.. fuh memang layan!!! kena lai chee kang plak, ermmm syahdu sungguh. Pukul 6 lebih, kami bergerak balik, kami singgah di batu 4.. tengok kedai bundle pastu isi minyak kat Petronas. Tapi sebelum tu motor Azdi buat hal plak, kesian plak aku tengok motor ni geram je tak nak hidup plak.. cesss kena tolak dah hidup okay je besit tak ingat.


Kat PD: sambil membetulkan motor Azdi


We all berhenti rehat kat RnR Nilai, pekena nasi lemak power kat kedai hujung tu.. memang layan panas-panas!! fuhh lepas kenyang dan bersembang bebagai, kami berpecah balik. Sampai Bangi hujan lebat!! alamak aku nampak Azdi berhenti bawah jambatan, aiseh aku malas la nak berhenti ni aku teruskan perjalanan sampai kat depan sikit je aiseh tak hujan pun kering je.. cess sudah kena tipu la hahahahaha. Aku terus ride sampai rumah.. adeh sakit pinggang.


Kesimpulan, memang layan sekali- sekala camni jumpa kawan-kawan dah lama tak ride skali camni.. dah bole maintain bawak motor laju sikit!! hehehehe sepetang dengan kengkawan ape salahnya kan.. kan.. huhuhuhuhu layan.

Saturday, April 2, 2011

Dimana Makam Parameswara @ Sultan Iskandar Syah..

Dimanakah Makam Parameswara? atau nama Islamnya Sultan Iskandar Syah yang memerintah negeri jajahan Melaka pada sewaktu ketika dahulu.... Mengikut kajian dan juga informasi-informasi sejarah makamnya terletak di atas bukit di Tanjung Tuan, Melaka. Juga mengikut ilham-ilham yang diterima makamnya memang terletak di Tanjung Tuan di sebuah kawasan lapang dikelilingi pokok-pokok. Sultan Melaka ni orangnya kecil sahaja dan tegas, isterinya telah meninggal dunia sebelum kemangkatan beliau.

So arini aku dengan sahabat karib aku May meneruskan jejak mencari Makam tersebut. Ermmm arini sabtu dah aku bangun lewat pulak plannye nak pergi Tanjung Tuan awal pagi atau lebih spesifiknya waktu lepas subuh.. hahahaha macam la bangun!!!. Pukul 10am baru aku gerak pergi Segambut amik May, then terus masuk Highway Plus menuju ke Port Dickson. Tapi dari semalam macam aku tak rasa best sangat je nak pegi tempat ni entah la, even ni pun aku bole tetinggal fon aku kat umah so terpaksa la patah balik amik fon aku takut papehal emergency kang payah. Dalam perjalanan kesana aku dengan May banyak bercerita mengenai Parameswara dan juga Patih Gajah Mada iaitu penguasa atau panglima atau penasihat raja dari Jawa iaitu semasa di kerajaan Majapahit, menarik jugak pasal beliau nie.. ermm mungkin suatu hari nanti kami akan kesana Surabaya, Probolinggo dan Mt Bromo.. Insyaallah.

Sampai di Tanjung Tuan lebih kurang pukul 1pm, perghhh laparrr kena cari tempat makan dulu, kami lepak kat Blue Lagoon! aisehh dah ade kedai makan kat sini, dah siap bangunan sekali.. banyak perubahan tempat ni maklum la lama tak datang sini. Trip ke Tanjung Tuan ni, dah trip ketiga aku datang dengan May. Sebelum ni aku, May dengan Zul.. tapi Zul ade komitmen lain. Lepas makan lepak-lepak kejap amik udara tengok orang mandi manda, then kami meneruskan perjalanan nak ke Tanjung Tuan tu.. so aku park kereta kat sebelah Ilham Resort tu. Lebih kurang pukul 3pm, kitorang berjalan menuju ke atas Tanjung Tuan. Tanjung Tuan sebelum ini dikenali sebagai Cape Rachedo sebelum ditukar nama, kat atas Tanjung Tuan ni tersergam Rumah Api Tanjung Tuan yang dibina pada masa awal 1800 lagi..


Papan Maklumat Tanjung Tuan

Pada informasi yang kami ade Makam tu terletak berdekatan dengan Rumah Api, tapi dah penat pusing tak jumpe pun.. maybe dah tak wujud dah atau dah dimusnahkan semasa mendirikan rumah api nie! arghh sayang tul la, berpeluh jugak mencarinya dah la tengah panas nie.. frust. Sekarang ni musim penghijrahan burung, so ramai la yang melepak kat atas ni nak amik gambar tapi permandangan kat atas ni memang cantik pun. Kalau waktu malam lagi best pukul 1am ke, best je layan lepak kat atas nie.

Rumah Api Tanjung Tuan dan permandangan sekitarnya..

Lepas pusing-pusing tu kami terus ke Pulau Intan, lalu jalan bertangga tu menurun bukit. Fuhh lama tak berjalan camni, sapai bawah tu kami terus ke Pulau Intan lepak kat atas tu.. Makam kat atas ni pun masih ada lagi, makam seorang perempuan. Kami melepak kat ujung Pulau Intan ni mana la tau nampak apa-apa yang menarik (memang ade benda menarik kat sini tapi bukan semua orang bole nampak, termasuk la aku.. hehehehe)






Disekitar Pulau Intan..


Pantai kat sini masih cantik lagi bersih je, aik ade plak mat saleh mandi kat sini!! lantak korang la.. kami merayau-rayau sekitar tempat nie kemudian terus ke area tapak kaki Hang Tuah di sebelah bukit lebih kurang 30 minit berjalan mengikut denai dalam hutan nie. Air time ni tengah pasang, aiseh dah tak nampak jalan mengikut tepi pantai nie.. so terpaksa la redah naik bukit sampai jumpa denai kesana. Kalau mengikut arah bertentangan pantai ni, waktu air surut kita bole jumpa macam kolam air tawar kecik je, kemudian ade sebuah gua maybe tempat orang dulu-dulu bertapa kot. Kalau terus naik ke puncak kita bole lihat seluruh permandangan Tanjung Tuan, ade batu putih bulat tempat raja-raja bersidang berehat dahulunya.. Allahualam.

Lebih kurang setengah jam, kami sapai ke tempat tapak kaki Hang Tuah fuhhh.. panas! kami lepak atas batu ni, sebelum ni dibelakang ni ada surau untuk semayang dan disisi batu ni terdapat perigi air tawar untuk kegunaan minum dan masak. Mengikut ceritanya air perigi ni berkhasiat untuk mengubat penyakit, Allahualam.. Kat atas tempat ni ade Makam seorang Sheikh, ia dipanggil Makam Keramat. Kat tepi ni masih wujud lagi pokok mangga dengan pokok pinang.. pokok ni wujud sejak zaman dahulu lagi, sejak zaman Hang Tuah dah kering kayu-kayu pokok ni dah nak mati kot.

Sekitar kawasan tapak kaki Hang Tuah..

Selesai berehat disini kami meneruskan perjalan untuk pulang melalui jalan pantai ke arah Pulau Masjid, tapi sempat singgah melihat perigi belanda yang terdapat disini. Pada waktu ini air laut tengah pasang, so menyukarkan kami melalui jalan pantai terpaksa jugak naik ke atas bukit.. fuhhh mencabar sungguh. lebih kurang 20 minit kami sapai ke luar, hari masih terang lagi.. kemudian terus ke kereta amik nafas!! hehehehe..


Perigi Belanda.. Ntah iyer ntah idak!!



On the way pulang melalui jalan pantai: Dihujung tu la Hang Tuah bertemu Nabi Khidir.. hehehe Allahualam..


Sebelum pulang kami singgah ke Teluk Kemang pekena ABC, mak aih layan beb tengok permandangan pantai Port Dickson di waktu petang nie.


Kesimpulan pada lawatan kali ini, tak dapat ape yang kami ingin temui.. mungkin bukan sekarang atau memang takkan jumpe dah! takpe la takde rezeki. Tapi perjalanan ke tempat- tempat menarik sekitar Tanjung Tuan ni mengimbas kembali kenangan lalu sewaktu kali pertama datang kesini disapa oleh Pakcik Rambo.. kat mana dia sekarang entah la. Apa-apa pun best memang layan sekali sekala layan bukit nie..

Saturday, March 26, 2011

Melihat Sejarah Kuala Selangor

Hari ni aku dengan tetibanya menuju ke Kuala Selangor, entah la tetiba rasa nak layan tempat-tempat bersejarah. Padahal baru je aritu aku ngan Mawar pergi sana naik motor Suzy aku tu.. Aku gerak dalam tengahari jugak la, trus menuju ke arah Ijok terus ke Kuala Selangor. Dalam pale otak aku ni terbayang-bayang nak tengok makam-makam lama Sultan-Sultan Selangor yang berdarah Bugis atau keturunan Daeng. Tapi kalau mengikut sejarah Kesultanan Selangor bermula pada abad 1700 ke 1800 Masehi, so yang sebelum tu sape yang memerintah? or masih dibawah jajahan Melaka atau dipimpin oleh ketua-ketua daerah je seperti Kelang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan sebagainye... banyak sangat persoalan. Jam 1 tengahari aku sapai dikaki Bukit Melawati, aiseh tak bole bawak kereta naik patu pulak trem 'out of service' cesss.. terpaksa la cari pot nak melantak dulu hehehehe makan time. Lepas makan aku pusing-pusing area Bukit Melawati dengan harapan dapat la aku berjumpa dengan suatu tempat yang aku sendiri tak tau macam mana tapi kena jejak dulu baru bole tau. Finally aku sapai kat Telaga Tujuh, so lepak dulu tengok apa yang ade kat situ. Dah tak berjaga sangat tempat tu, dulu itulah sumber air bagi orang-orang kat kawasan tu.


Telaga Tujuh.


Tinggal 3 kolam je yang masih wujud.


Sambil aku tengok-tengok kawasan sekeliling tu sempat juga aku menaiki tangga ke Makam Sultan Selangor diatas Bukit Melawati tu, tapi sayang bertutup sebab hari Sabtu. Kemudian aku meneruskan perjalanan ke Bukit Bendera setentang dengan Bukit Melawati, sampai je ke sana kena menapak naik tangga pulak. Layan je la nak merasa, selama aku pergi Kuala Selangor ni tak pernah aku sampai sini. Kawasan atau bukit ni tempat kubu Belanda pada zaman dulu, nak menawan Bukit Melawati camtu la lebih kurang sampai orang melayu tawan balik. Aku masuk je kedalam kawasan ni dah ade benda follow pulak duduk belah kiri aku, berdesing telinga aku nie. Aduhh dah la panas-panas ni, aku buat selamba je.. terus masuk kawasan tu tengok-tengok kalau jumpa tempat yang dimaksudkan. Jumpa helang sikit punye besar sebelah aku trus terbang, tapi hampa takde jugak tempat tu. Aku terus pusing-pusing kat area bukit tu tapi hampa, jumpe biawak besar.. fuh sini sumenye besar-besar nie.


Kemudian aku teruskan perjalanan ke Makam Anak Dara, ermm menarik tempat ni. Aku naik ke atas untuk melihat makam ni tapi still bukan jugak..


Makam Keramat Anak Dara.


Aku pun teruskan perjalanan ke Bukit Melawati semula tapi melalui jalan belakangnya sapai ke sekolah tamil belakang bukit tu.. takde tanda-tanda wujudnya tempat tu mungkin aku yang tak reti kot. Takpe la aku berenti di tangga seratus dibelakang Bukit Melawati, pelagi aku pun melangkah la naik tangga tu satu persatu sampai terus ke atas Bukit Melawati. Sampai diatas terus disambut oleh monyet-monyet kat atas tu.. fuhh mintak makan rupanye! hehehehehe. Aku terus singgah ke dalam Muzium Bukit Melawati, saje je usha-usha mana la tau ada cerita baru ke. Padahal baru je aku ngan Mawar lawat tempat tu tempoh hari. Takpe la sekali sekala.. huhuhuhu.


Tangga Seratus.


Lepas rehat-rehatkan kaki yang lenguh berjalan nie, aku menuruni tangga tu semula. Waktu turun tangga tu, aku terpikir nak pergi Bukit Raja kat Kg Permatang tempat kerabat diraja dimakamkan. Dengan pantas aku terus kesana, layan punya layan aku dah terlajak sapai ke hampir Sabak Bernam.. cess sib baik benti isi minyak aku tanya kat brader ni kalau tak sure sapai Sg Besar. Patah balik sapai ke simpang Kg Permatang, padahal dah perasan tapi sign board tulis Bukit Belimbing.. belasah je la. Sampai je kat simpang tu trus lepak pekena cendol kat makcik simpang ni, pemalu plak makcik nie.. hehehe tanye sapatah jawab sepatah. Aku pakai baju tak betul ke?? hahahaha.. takpe la. Aku terus gerak kedepan mata aku duk mencari-cari Bukit Raja tu, hah tu dia!! aiseh camane nak pergi tempat tu takde jalan pun. Terpaksa patah balik aku tanye kat pakcik guard kat sekolah agama tu. Oohh kena masuk ikut sekolah ni, baru la aku tau.. tak penah pegi la katakan!! tapi banyak soalan plak guard ni macam aku nak buat keje bukan-bukan je. Takpe la lepas tulis nama aku kat buku sekolah tu aku terus berjalan menuju ke Bukit Raja, rendah je bukit ni ada lorong masuk kesitu penuh ngan pokok-pokok buloh je. Ermmmm kawasan ni tak berjaga semak samun je.. takpe la ikut je la, aku mendekati makam-makam yang ada disitu tapi tak nampak tulisan pun yang ada cuma batu nisan je, sunyi gak area nie fuhh sedekah ayat-ayat suci dan 'Al-fatihah' aku terus turun semula. Aku tanye guard tu takde orang jaga ke makam-makam tu, dorang cakap ade tapi kadang-kadang je datang bersihkan makam.. ni aku tengok macam bertahun tak pernah usik nie dah usang je.


Makam diBukit Raja.


Ermmmm still tak jumpa jugak tempat yang nak dituju.. aku meneruskan perjalanan ke Kuala Selangor semula, teringat aku pasal Bukit Hospital. Aritu aku datang dengan Mawar aku tak jumpa apa-apa kat tempat tu sampaikan Tauke yang buat batu nisan tu pun cakap 'sini sula talak apa-apa ma'.. huhuhuhu. Hati aku berkeras jugak nak pergi semula, lebih kurang dalam 15 min aku sampai di Bukit Hospital tempat aku dan Mawar berhenti dulu. Aku pun naik mengikuti jalan sebelah pondok batu nisan tu, sapai kat atas tu aku pusing-pusing bukit tu! tak nampak apa-apa pun gelap je hutan. Waktu pun dah dekat pukul 6 petang, takde rezeki lagi la nie dalam hati aku.. aku terus ke kereta. Maybe kena pergi depan sikit kot, aku teruskan perjalanan sampai diselekoh aku nampak bangunan kebajikan masyarakat Kuala Selangor kot aku terus masuk kawasan tu. Aiseh ni rumah-rumah tinggal ni, suram je.. aku nampak kat lorong tu ade jalan denai menuju ke tepi sungai. Aku park kereta kat tepi umah dengan confident nya aku pun masuk ikut jalan denai tu, sampai kat ujung tu aku terus nampak bukit yang penuh semak samun hutan jer siap ade tiang lagi maybe ni la bukit tu dan tiang tu maybe bekas tapak hospital tu. Tingat hospital lama terus cuak, dalam hati aku siap berdoa lagi mintak tuhan kuatkan semangat aku. Tapi aku rasa tak payah la aku naik ke atas tu nak buat ape pun, tempat aku nak cari tu tak jumpa pun. Bukan sekarang kot, tapi bila aku nak kalih nak patah balik erkkkkk ermmmmm urghhhhh aku ternampak makam disebelah kananku.. adoii meremamng bulu roma sume dah la dah petang-petang dalam utan ni. Fuh runtuh jantung aku ni, tergezut!! terus la aku melawat makam tu mungkin ni la Makam Opu Cendera Burung, ketua orang-orang laut di Kuala Selangor yang memerintah kawasan ini sebelum wujudnya Kesultanan Selangor.


Kemungkinan inilah Makam Opu Cendera Burung.


Dah la tu, aku terus bergerak balik.. hati tak sedap je! Risau ade benda-benda mengikut je. Sapai umah balik tu aku berpeluh-peluh tak boleh tido, asyik teringat je.. mungkin pasal terkejut tadi tu. Aku still tak jumpa tempat yang aku cari.. ermmm takpe la belum ada rezeki. Semoga roh-roh dimakam-makam tu dicucuri rahmat hendaknye.... amiennn

Tuesday, February 1, 2011

My Suzy ke Port Dickson

Esok adalah hari cuti untuk jajahan Wilayah Persekutuan bersamaan dengan 1 February 2011, so plan untuk esok adalah nak ride motor suzy aku ke Port Dickson.. huhuhuhu ni semua angkara si Din. Tetiba dia roger cakap nak pergi PD dengan budak-budak RGV250 ade la 2-3 biji motor lain Aprilia, Yamaha dengan Honda. Aku pun semangat! nak jugak rasa konvoi first time ngan budak-budak RGV nie, so arini cuci motor hehehehe kasi kilat esok nak lepak pantai.. yeehaaa.



Lepas basuh motor- My Suzy RGV250


Malam ni aku tido dah lewat check mana patut takut jadi pape masa ride, fuh semua okay aiseh dah pukul 1am beb. Better masuk tido dulu, plan nak jumpa kat Tol Sg Besi kul 4am... perghh bule ke?? adehhhh. So punye asyik layan membuta bunyi fon aku berdering aiseh lewatttt, Din dah call cakap dah sapai Tol Sg Besi.. alamak dah pukul 4.15am!! berdesup aku bangun mandi terus cargas gerak pergi tol sib baik malam tadi dah check motor ape patut. Sapai kat Tol aku nampak 7-8 biji motor RGV250 yang ramai, alamak dorang ni nak ber racing ke ape ni semua otai-otai RGV nie.. layan je la.


Lebih kurang pukul 5am kitorang gerak menunggu sorang lagi tak sampai-sampai. Kitorang jalan dulu, alamak budak-budak ni punye ride macam nak race nie.. meter aku dah naik 180km/j perghhh dorang sume kat depan aku dekat 2 tiang kena tinggal, Din je la follow aku kat tepi risau aku tinggal kot. Kitorang berhenti sekejap kat RnR Seremban tunggu member yang tak sampai-sampai lagi tu, lepas tu terus cargas.. mak aihhh all the way sampai Tol PD gilos besit je.. gigil lutut aku meter dah cecah 200km/j. Ni bukan ride makan angin nie.. hehehe tapi dorang ni rupanye memang dah biasa camtu, kasi belasah je motor dorang tu . Lepas Tol PD besit lagi sapai la ke PD, dah la jalan gelap bumpy lak tu.. berayun-ayun je motor tak confident aku nie, aku la yang paling belakang sekali ngan Din. Sapai PD kitorang lepak kat kedai Nasi Lemak akak kat korner lepas Tokong Cina tu, layan gak sedap, tengok jam mak aih baru kul 6.30am.. memang laju dengan siap berhenti kat RnR tadi lagi.



Sapai kat PD- Budak-budak RGV250


Lepas sarap terus gerak pergi Teluk Kemang, perghh budak-budak ni layan mandi laut pulak bukan plan pun. Asalnya nak lepak-lepak, minum-minum, cuci mata.. hahaha siap pergi beli seluar mandi lagi. Lepas sessi bergambar dengan motor memasing, amik ko sume mandi tinggal aku, Din ngan brader NSR tu je layan membuta.. hehehehe penat beb... Pukul 12.30pm kitorang gerak balik KL.. macam biasa all the way rembat! dorang tunggu aku kat RnR Seremban.. memang giler punye laju budak-budak nie ngan motor 2-stroke 250 nie.



Teluk Kemang

Tengok motor dorang clean lagi motor aku.. hehehe baru pas cuci la katakan, tapi dorang nye belasah memang tak bagi can. Lepas melepak kat RnR tu, aku mintak diri nak beransur dulu dorang pun terus balik Ampang sekali ngan Din tinggal aku sorang je la. Fuhhhh aku keluar je exit RnR tu tengok depan dah hilang budak-budak nie.. macam pelesit dah 8-9 tiang kena tinggal nie! takpe la slow-slow layan sampai rumah.


Tapi kesimpulan harini, first time aku ride dengan budak-budak aku tak kenal ngan group motor aku tak pernah campur. By the way, dorang memang best sporting je.. kekadang kita tak bole judge seseorang tu melalui luaran je tapi kena kenal dulu!! "Tak kenal maka tak Cinta" hahahaha.. Budak-budak ni kepala ngam, hopefully boleh ride lagi dengan dorang.. Thanks guys